Page 269 - e Prosiding Serai 2021
P. 269

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021
                      FAKTOR MOTIVASI YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN BAHASA MELAYU
                         SEBAGAI WADAH PENYAMPAIAN ILMU DALAM KALANGAN PELAJAR
                                         POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU)

                                                            1
                                Muhamad Asyraf bin Rosli  dan Effa Izzati binti Mahmun     2

                                            Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
                                                 Politeknik METrO Kuantan
                                                           1
                                      asyraftnt@gmail.com dan effaizzati@gmail.com   2



                                                         ABSTRAK



                  Faktor motivasi memberi impak yang besar terhadap pemilihan Bahasa Melayu sebagai
                  wadah penyampaian ilmu oleh para pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti
                  motivasi intrinsik dan ekstrinsik terhadap kecenderungan memilih Bahasa Melayu semasa

                  proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar di Politeknik METrO Kuantan.
                  Dengan  menggunakan  pendekatan  kualitatif,  kajian  ini  mengukur  tahap  persetujuan

                  persetujuan pelajar melalui penyataan yang menjurus kepada ciri-ciri motivasi intriksik dan
                  ekstrinsik. Seramai 180 responden yang menjawab borang soal selidik. Analisis nilai min
                  dibuat untuk mengukur faktor motivasi yang dominan terhadap pemilihan Bahasa Melayu
                  sebagai bahasa yang digunakan dalam penyampaian ilmu. Hasil kajian mendapati bahawa

                  motivasi para pelajar untuk memilih Bahasa Melayu sebagai wadah penyampaian ilmu lebih
                  dipengaruhi oleh faktor motivasi intrinsik iaitu faktor kepercayaan (item v, nilai min: 4.4627 ),

                  kemampuan (item iv, nilai min: 4.4030), keselesaan (item iii, nilai min: 4.3582 ), keyakinan
                  diri (item i, nilai min: 4.3433) dan kefahaman (item ii, nilai min: 4.2388 ) mempengaruhi
                  pemilihan penggunaan Bahasa Melayu dalam penyampaian ilmu. Skor min keseluruhan

                  bagi faktor motivasi intrinsik adalah 4.3612. Manakala faktor motivasi ekstrinsik juga tidak
                  boleh  disangkal  dengan  3  daripada  item  memperoleh  nilai  min  tahap  tinggi  dan  2

                  daripadanya berada pada tahap rendah.

                  Kata kunci; motivasi, Bahasa Melayu, penyampaian ilmu, pelajar


                  PENGENALAN

                  Pengajaran dan pembelajaran di Politeknik METrO Kuantan (PMKu) adalah sama seperti

                  Politeknik Malaysia  yang lain yang menggunakan dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan
                  Bahasa  Inggeris  sebagai  bahasa  penghantar.  Penggunaan  dwi  bahasa  ini  adalah

                  bergantung kepada keperluan silibus yang telah ditetapkan. Namun, pelajar lebih memilih
                  Bahasa  Melayu  sebagai  medium  pengajaran  dan  pembelajaran  meskipun  silibus
                  mengkehendaki kursus tersebut di ajar dalam Bahasa Inggeris.


                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                251
   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274