Page 270 - e Prosiding Serai 2021
P. 270
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kecenderungan pelajar untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai wadah
penyampaian ilmu boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Motivasi dilihat sebagai salah
satu faktor utama. Menurut Zarina Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2014),
motivasi adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat
menentukan hala tuju dan keberkesanannya. Justeru, kajian bagi mengenalpasti faktor
motivasi yang mempengaruhi pemilihan Bahasa Melayu sebagai wadah penyampaian ilmu
adalah relevan dan wajar dilaksanakan.
SOROTAN LITERATUR
Bahasa adalah sistem simbol yang digunakan oleh individu untuk berkomunikasi atau
menyatakan idea dan pemikiran kepada orang lain (Sitti Rabaiah, 2012). Alhaadi Ismail dan
Norimah Zakaria (2019) pula menjustifikasikan bahasa sebagai salah satu cara yang
sangat penting bagi individu untuk menyampaikan keinginan, kehendak dan meluahkan
perasan hati. Malah peranan bahasa dalam membantu mencapai matlamat-matlamat
tertentu dalam setiap kehidupan di samping memberi sumbangan yang dominan dalam
pengembangan ilmu dan kerjaya seseorang adalah sangat mustahak.
Menerusi penulisan Prof. Madya Dr. Norliza Jamaluddin (2017) keupayaan Bahasa
Melayu sebagai sarana bahasa ilmu memang tidak dapat dinafikan. Melalui sistem
pendidikan, bahasa Melayu memainkan peranan penting dan dikembangkan sebagai
bahasa ilmu.
Motivasi adalah satu konsep yang digunakan untuk memberi justifikasi kepada
sesuatu tindakan, pemilihan. Motivasi intrinsik adalah jenis keinginan yang timbul dari
dalam diri individu. Pemacunya adalah berpunca dari minat terhadap sesuatu tanpa ada
pengaruh luaran. Motivasi ekstrinsik memaksa individu untuk bertindak berdasarkan
pengaruh luar. Sesuatu keinginan atau kecenderungan timbul bukan secara semula jadi
dalam diri individu.
METODOLOGI
Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, borang soal selidik secara atas talian telah
diagihkan kepada populasi kajian iaitu para pelajar PMKu. Setiap item di dalam instrumen
borang soal selidik dikenalpasti melalui adaptasi kajian lepas dan dibentuk menjadi
pembolehubah yang sesuai bagi menerangkan ciri-ciri motivasi instrinsik dan ektrinsik.
Pengumpulan data primer diperoleh secara persampelan rawak mudah dan seramai 180
responden telah memberi maklumbalas borang soal selidik.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 252

