Page 266 - e Prosiding Serai 2021
P. 266
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
antara tahap kesediaan guru pelatih Sains dengan guru pelatih TESL dan Pengajian
Melayu. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa pengetahuan dan konsep
STEM dilihat lebih terkait dengan mata pelajaran Sains berbanding mata pelajaran lain.
Seterusnya, hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
pemboleh ubah pengetahuan dengan kesediaan guru pelatih Sains dan bukan Sains
terhadap pendekatan pendidikan STEM dengan kekuatan hubungan yang sederhana
(r=0.691). Manakala dapatan menunjukkan terdapat kekuatan hubungan yang kuat antara
pemboleh ubah sikap dengan kesediaan guru pelatih terhadap STEM (r=0.785).
Seterusnya, didapati pemboleh ubah bebas yang dominan terhadap kesediaan guru
pelatih adalah pemboleh ubah sikap (β=.78.5). Sikap mempengaruhi secara signifikan pada
nilai 0.000 dan menyumbang sebanyak 61.1 peratus terhadap perubahan kesediaan
seseorang guru pelatih. Berdasarkan analisis faktor-faktor pemboleh ubah, maka faktor
yang dominan berpengaruh terhadap kesediaan adalah sikap kerana kebanyakan bentuk
pengajaran pendidikan STEM telah dilaksanakan walaupun tanpa mereka mengetahui
tentang ciri-ciri pendidikan STEM secara sepenuhnya. Pendidikan STEM bukan hanya
tertumpu kepada pengetahuan yang merangkumi konsep dan teori Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik semata-mata, malahan turut melibatkan aspek kemahiran dan
nilai-nilai seperti kemahiran reka bentuk dan memupuk pemikiran inovatif
Sehubungan itu, untuk panduan guru meningkatkan pengetahuan dari segi
kandungan, ciri-ciri dan beberapa teori berkaitan STEM, pihak KPM perlu menambahbaik
modul-modul pelaksanaan pendidikan STEM untuk diperkenalkan dan disesuaikan dalam
beberapa mata pelajaran. Tambahan lagi, KPM bersama-sama IPG juga boleh
mengadakan beberapa siri bengkel dan kursus secara berkala kepada semua guru-guru
dengan menekankan aspek pengetahuan STEM itu sendiri. Secara tidak langsung,
kerjasama yang baik antara guru Sains dan bukan Sains dapat dipupuk melalui satu tujuan
yang sama iaitu mengubah persepsi murid terhadap pelajaran Sains yang sentiasa
dianggap mencabar dan tidak menyeronokkan (Fatin Aliah Phang et al, 2014).
Kursus Sains dan Teknologi juga dapat diperkenalkan di semua IPG agar semua guru
pelatih tanpa mengira opsyen dapat mendalami konteks STEM dengan lebih mendalam.
Oleh itu, pendidikan STEM yang bakal dilaksanakan tidak lagi terbatas semata-mata dalam
mata pelajaran Sains seperti yang dinyatakan oleh Aminah Mohammad Ayub, 2018).
Dapatan kajian ini juga memberikan implikasi penting kepada guru pelatih itu sendiri iaitu
dengan meningkatkan lagi kesediaan dari aspek pengetahuan. Antara tindakan yang dapat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 248

