Page 362 - e Prosiding Serai 2021
P. 362

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


               Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

                   1.  Mengenal pasti kesediaan pengetahuan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru

                       (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 dalam seni khat jawi.
                   2.  Mengenal pasti tahap kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan guru-guru pelatih
                       di  Institut  Pendidikan  Guru  (IPG)  Zon  Timur  Opsyen  Bahasa  Melayu  Ambilan  Jun

                       2016.
                   3.  Mengenal pasti kesiapsiagaan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon
                       Timur  Opsyen  Bahasa  Melayu  Ambilan  Jun  2016  mengajar  seni  tulisan  khat  jawi

                       dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.


               Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikemukakan untuk dijawab iaitu:

                   1.  Apakah kesediaan pengetahuan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG)
                       Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 dalam seni khat jawi?

                   2.  Apakah tahap kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan guru-guru pelatih di Institut
                       Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016?
                   3.  Apakah kesiapsiagaan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur

                       Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 mengajar seni tulisan khat jawi dalam mata
                       pelajaran Bahasa Melayu?




               METODOLOGI KAJIAN

               Reka Bentuk Kajian


               Metodologi yang digunakan dalam kajian akan mempengaruhi ketepatan maklumat mahupun
               data  yang  diperoleh.  Dalam  kajian  ini,  reka  bentuk  kajian  yang  digunakan  ialah  kajian

               kuantitatif dan berdasarkan kaedah tinjauan.

               Populasi dan Sampel Kajian


               Mohd  Majid  (2000), mengingatkan  bahawa  pengenalpastian  populasi  yang  tepat  dan  teliti
               akan menentukan parameter populasi yang dikaji. Populasi dalam kajian ini terdiri daripada
               guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan

               Jun 2016 iaitu IPG Kampus Dato’ Razali Ismail di Kuala Terengganu dan IPG Kampus Tengku
               Ampuan Afzan di Pahang iaitu seramai 37 orang. Saiz sampel yang diperlukan dalam kajian
               ini ialah seramai 34 orang berdasarkan rumus Krejcie dan Morgan (1970).



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                344
   357   358   359   360   361   362   363   364   365   366   367