Page 364 - e Prosiding Serai 2021
P. 364
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Prosedur Penganalisisan Data
Data-data soal selidik yang diperoleh akan diproses dan dianalisis dengan menggunakan
perisian SPSS versi 22.0. Bentuk analisis data ialah analisis secara deskriptif. Seterusnya,
tahap interpretasi diambil kira dengan nilai lima mata iaitu nilai tertinggi 5.00 dibahagikan
kepada 3 tahap iaitu tahap rendah (min=1.00-2.33), tahap sederhana (min=2.34-3.67) dan
tahap tinggi (min=3.68-5.00) seperti yang digunakan dalam kajian Sumarni dan Zamri (2018).
Jadual 2 berikut menunjukkan interpretasi min yang digunakan dalam kajian.
Jadual 2. Interpretasi min
Julat Min Interpretasi
1.00-2.33 Rendah
2.34-3.67 Sederhana
3.68-5.00 Tinggi
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Kesediaan Pengetahuan Guru-guru Pelatih di IPG Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu
dalam Seni Khat Jawi
Jadual 3 menunjukkan skor min bagi kesediaan pengetahuan guru-guru pelatih opsyen
Bahasa Melayu tentang seni tulisan khat jawi. Berdasarkan dapatan kajian, nilai min bagi
keseluruhan item tahap pengetahuan guru pelatih tentang tulisan khat jawi adalah sebanyak
3.71 iaitu pada tahap tinggi. Item B2 merupakan item yang memperoleh nilai min tertinggi dan
berada pada tahap tinggi iaitu 4.44, manakala item B1 merupakan item yang mendapat nilai
min terendah iaitu 2.58 dan berada pada tahap sederhana. Rumusannya, kesediaan
pengetahuan guru-guru pelatih tentang khat jawi dalam Bahasa Melayu adalah tinggi. Hal ini
selari dengan dapatan dalam kajian Mohd Fauzi (2004) yang menyatakan bahawa sebagai
seorang guru, penguasaan mata pelajaran begitu penting untuk mengajar di sekolah.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 346

