Page 360 - e Prosiding Serai 2021
P. 360
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KESEDIAAN GURU PELATIH OPSYEN BAHASA MELAYU MENGAJAR KHAT JAWI:
TINJAUAN DARI SEGI TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN KESIAPSIAGAAN.
¹Nuur Shafika binti Shamsuddin, ²Mohd Asri bin Harun
¹SJK(T) Ladang Benta
²Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
shafikanuur@gmail.com
ABSTRAK
Pengenalan tulisan khat jawi telah dirancang melalui semakan semula Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2014. Susulan daripada perancangan tersebut,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memasukkan khat jawi dalam pengajaran Bahasa
Melayu tahun empat di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Polimik
tentang pelaksanaan khat jawi ini bukan sahaja melibatkan aspek kandungan tetapi
melibatkan aspek kesediaan guru Bahasa Melayu mengajar khat jawi ini juga. Justeru, kajian
deskriptif ini dibuat untuk mengenal pasti kesediaan 37 orang guru pelatih opsyen Bahasa
Melayu semester akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur untuk mengajarkan khat
jawi di sekolah-sekolah nanti. Reka bentuk kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal
selidik secara dalam talian berdasarkan tiga konstruk kesediaan mengajar khat jawi iaitu
pengetahuan, kemahiran, dan kesiapsiagaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konstruk
pengetahuan guru-guru pelatih berada pada tahap yang tinggi (Min=3.71), konstruk
kemahiran guru pelatih dalam khat jawi pula berada pada tahap sederhana (Min=2.70) dan
konstruk terakhir iaitu kesiapsiagaan guru pelatih mengajarkan seni khat jawi juga berada
pada tahap sederhana (Min=3.34). Hasil dapatan kajian ini boleh dijadikan petunjuk kepada
semua pihak, khususnya Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Kementerian Pendidikan
Malaysia amnya untuk memperkasakan pendidikan di Malaysia.
Kata kunci: seni khat jawi, kesediaan guru pelatih, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, dan
Institut Pendidikan Guru Malaysia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 342

