Page 361 - e Prosiding Serai 2021
P. 361

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENGENALAN


               Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan dan golongan pelaksana segala dasar
               serta matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan

               Malaysia  (KPM).  Sehubungan  dengan  itu,  guru  mestilah  dibekalkan  dengan  program
               pendidikan yang sempurna bagi meningkatkan kesiapsiagaan mereka dalam pengajaran dan
               pemudahcaraan  (PdPc).  Tanpa  kesediaan  ini,  matlamat  kurikulum  yang  dirancang  sukar

               untuk dicapai. Menurut Mohd Izham dan Noraini (2007), kesediaan guru merupakan salah
               satu elemen penting serta dapat memainkan peranan untuk membantu pelajar menyesuaikan

               diri.  Sekiranya  guru  tidak  bersiap  sedia,  maka  segala  program  yang  sedang  dan  akan
               dilaksanakan  oleh  pihak  KPM  tidak  akan  mencapai  objektifnya.  Hal  ini  menjadi  cabaran
               terbesar bagi guru. Mereka perlu mempersiapsiagakan diri dengan pengetahuan, kemahiran

               dan  penampilan  yang  boleh  diiktiraf  agar kesinambungan  hasrat  negara  dapat  diteruskan
               mengikut seperti yang dirancang.




               PENYATAAN MASALAH


               Perubahan  dalam  sistem  pendidikan  dilaksanakan  bagi  memastikan  perkembangan
               pendidikan di Malaysia  sentiasa dinamik dalam arus globalisasi. Pada tahun 2017, Kurikulum
               Standard  Sekolah  Rendah  (KSSR)  telah  menerima  penambahbaikan  dan  dijenamakan

               semula  sebagai  KSSR  Semakan  2017  yang  dilakukan  secara  berperingkat.  Sehubungan
               dengan itu, bagi Tahun 4 pelaksanaan KSSR Semakan 2017 adalah bermula pada tahun

               2020. Dalam semakan ini, pihak KPM telah bersetuju untuk memasukkan seni khat jawi dalam
               pengajaran Bahasa Melayu sebagai pengisian tambahan bagi aspek seni bahasa di semua
               sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

                       Berikutan  pelaksanaan  ini,  timbul  beberapa  isu  dalam  kalangan  masyarakat  yang
               bertujuan  untuk  menolak  pembelajaran  tulisan  khat  jawi  di  dalam  bahasa  Melayu  kerana
               menyifatkannya bukan dalam konteks kepelbagaian. Isu yang turut dibangkitkan oleh pihak

               tersebut  melibatkan  persoalan  tentang  kesiapsiagaan  guru-guru  Bahasa  Melayu  dalam
               mengajar seni khat jawi kerana dianggap akan membebankan guru. Berdasarkan isu yang
               dibangkitkan maka satu kajian wajarlah dijalankan untuk meninjau kesiapsiagaan guru-guru

               pelatih khususnya di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur dalam melaksanakan PdPc
               seni tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.









               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                343
   356   357   358   359   360   361   362   363   364   365   366