Page 357 - e Prosiding Serai 2021
P. 357

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Dapatan kajian menunjukkan peranan multimedia sangat penting dalam proses pengajaran
               dan  pembelajaran tatabahasa  Bahasa  Melayu  di  sekolah rendah.  Kenyataan  ini  disokong

               dengan  keputusan  ujian  pasca  yang  menunjukkan  peningkatan  pencapaian  murid  yang
               memperoleh  skor  lebih  70%.  Dapatan  kajian  ini  menyamai  kajian-kajian  terdahulu  yang
               membuktikan penggunaan multimedia dapat meningkatkan pencapain murid dalam pelbagai

               bidang.  Pemilihan  tajuk  kajian  yang  lebih  berfokus  kepada  aspek  golongan  kata  dalam
               pembinaan ayat tunggal juga menunjukkan hasil yang serupa.


               Hipotesis 2:
               Tidak  terdapat  perbezaan  yang  signifikan  bagi  pencapaian  murid  Kumpulan  B  terhadap

               pembelajaran golongan kata menggunakan kaedah tradisional.



               Dapatan  kajian  untuk  hipotesis  kedua  yang  menunjukkan  tidak  terdapat  perbezaan  yang
               signifikan  bagi  pencapaian  murid  yang  mengikuti  pembelajaran  tatabahasa  menggunakan

               kaedah tradisional. Ini menunjukkan kaedah mengajar menggunakan ‘chalk and talk’ perlu
               diubah kepada pembelajaran menggunakan multimedia. Kaedah mengajar secara tradisional
               dilihat membosankan kerana murid sudah terdedah kepada penggunaan multimedia dalam

               kehidupan  seharian.  Murid  lebih  tertaraik  dengan  bahan  pembelajaran  yang  merangsang
               minat mereka melalui pandangan dan pendengaran.



               KESIMPULAN

               Penggunaan multimedia dalam pembelajaran tatabahasa dalam kajian ini sangat berkesan

               kerana  penggunaan  multimedia  menggabungkan  pelbagai  media  dilihat  mampu
               meningkatkan  proses  pemahaman  murid  dan  berfungsi menambah  pemahaman  terhadap

               pembelajaran (Mohamad Subaidi Abdul Samat & Azlina Abdul Aziz, 2020). Situasi pengajaran
               dalam  talian  ketika  pendemik  Covid19  juga  membantu  murid  meningkatkan  kecekapan
               penggunakan alat teknologi. Penggunaan teknologi sudah dianggap sebati dengan generasi

               baharu  kerana  situasi  semasa  menyebabkan  kebergantungan  kepada  sumber  teknologi,
               perisian dan penggunaan media sosial dalam pembelajaran (Melor Md Yunus et al., 2020;
               Wan  Izzati  W  Ahmad  &  Hamidah  Yamat,  2020).  Faktor  bahan  yang  menarik  dan  tidak

               membosankan (Adwan Mohammad Hasan Bani-Hamad & Abdul Hakim Abdullah, 2019).








               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                339
   352   353   354   355   356   357   358   359   360   361   362