Page 369 - e Prosiding Serai 2021
P. 369

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                 TINJAUAN PEMILIHAN JENIS E-PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN SECARA
                     DALAM TALIAN OLEH GURU PELATIH IPG ZON TIMUR DAN ZON TENGAH

                        Nadia Natasha Mhd Roslaile  dan Tengku Nor Faizul Tengku Embong         2
                                                     1

                                  1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                                         nadia17-1155@epembelajaran.edu.my



                                                       ABSTRAK


               Pandemik  Covid-19  telah  menyebabkan  berlaku  perubahan  terhadap  sistem  pendidikan

               secara mendadak yang pastinya memberikan cabaran kepada pendidik dalam melaksanakan
               Pengajaran  dan  Pembelajaran  di  Rumah  (PdPR).  Rentetan  itu,  penggunaan  medium  e-
               pembelajaran  telah  mula  diperkenalkan  dan  digunakan  dalam  mencapai  objektif  yang
               disasarkan dalam bilik darjah. Namun, sejauh mana pemilihan jenis e-pembelajaran dalam

               pengajaran secara dalam talian oleh guru pelatih IPG memberi kesan masih menjadi tanda
               tanya. Tuntasnya, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti pemilihan jenis e-pembelajaran

               guru pelatih terhadap PdPR berpandukan model CIPP oleh Stufflebeam (1967) iaitu konteks,
               input, proses dan produk. Kajian ini menggunakan set borang soal selidik sebagai instrumen
               kepada guru pelatih bahasa Melayu Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) Ambilan Jun 2017

               seramai 97 orang yang terdapat di empat buah IPG iaitu IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, IPG
               Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPG Kampus Bahasa Melayu, dan IPG Kampus Pendidikan

               Islam.  Skop  kajian  ini  terbatas  kepada  IPG  Zon  Timur  dan  IPG  Zon  Tengah  yang  hanya
               menawarkan  PISMP  Bahasa  Melayu  SK.  Data  dianalisis  dengan  menggunakan  perisian
               Statistical Package For Science (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan peratusan, min dan

               sisihan  piawai.  Kajian  mendapati  guru-guru  pelatih  bahasa  Melayu  lebih  memilih  jenis  e-
               pembelajaran  WhatsApp  bagi  PdPR  (Min=1.837  SP=0.406).  Dapatan  kajian  juga
               menunjukkan majoriti guru  pelatih mendapati  pemilihan  jenis  e-pembelajaran memberikan

               kesan  terhadap  proses  PdPR  sepanjang  menjalani  praktikum  (Min=3.974  SP=0.709).
               Kesimpulannya,  melihat  kepada  hasil  dapatan  penyelidikan  tinjauan  ini,  guru-guru  pelatih
               khususnya perlu lebih meneroka dalam dunia e-pembelajaran dengan lebih mendalam bagi

               memastikan sesi PdPR akan datang mencapai objektif yang disasarkan dengan lebih baik
               sekiranya sesi PdPR diteruskan kelak.



               Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), guru pelatih bahasa Melayu, e-

               pembelajaran





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                351
   364   365   366   367   368   369   370   371   372   373   374