Page 452 - e Prosiding Serai 2021
P. 452
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGGUNAAN TEKNIK ‘CRAC’ BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MEKA
DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PENDARABAN DUA MATRIKS
Nor Afiza binti Aziz , Sheralin binti Endion , Norazliana binti Mohmad Kamal ,
1
2
3
4
Dalina binti Daud
1,2,3,4 Kolej Matrikulasi Melaka
norafiza@kmm.matrik.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar dalam menguasai kemahiran mendarab dua
matriks. Seramai 10 orang pelajar MEKA Sistem Empat Semester, Kolej Matrikulasi Melaka
terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian menunjukkan
terdapat beberapa pelajar bermasalah dalam mendarab dua matriks. Kemahiran ini amat
penting dalam soalan penyelesaian masalah dalam tajuk ini. Ujian pra dijalankan bagi
mendapatkan gambaran awal penerimaan dan pemahaman pelajar berdasarkan pengajaran
di tutorial, tanpa menekankan mana-mana teknik. ‘CRAC’ adalah singkatan bagi “Copy Row
and Column”. Teknik ini hanya memerlukan pelajar tahu menyalin baris(row) dan lajur(column)
di tempat yang betul seterusnya menjumlahkan nilai bagi setiap unsur(element). Teknik
‘CRAC’ didedahkan kepada pelajar dalam tempoh 15 minit, seterusnya ujian pos dijalankan
bagi menguji keberkesanan teknik ‘CRAC’ dalam meningkatkan kemahiran pelajar.
Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar.
Kata kunci: Matematik, matrikulasi,Pendaraban Dua Matrik, pedagogi
PENGENALAN
Pendidikan adalah salah satu cara untuk mengembangkan potensi manusia agar mereka
bebas daripada kemunduran, berubah menjadi insan yang yang mempunyai keperibadian
yang mengikuti nilai-nilai yang berlaku di persekitaran mereka. Matlamat pendidikan adalah
menjadikan pelajar mempunyai potensi yang unggul dan boleh berguna untuk diri mereka dan
orang lain. Pendidikan adalah salah satu aspek terpenting dalam proses kehidupan manusia
yang akan membawa kesan positif dalam membina sumber manusia yang berkualiti. Oleh itu,
setiap manusia mesti berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikannya bagi
merealisasikan kehidupan yang lebih baik.
Proses pembelajaran semasa, terutamanya dalam matematik masih menggunakan
model pembelajaran konvensional dan berbentuk sehala, di mana guru menguasai proses
pembelajaran dan pelajar sendiri hanya menerima maklumat yang disampaikan oleh guru.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 434

