Page 453 - e Prosiding Serai 2021
P. 453
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Hasilnya, pelajar dalam proses pembelajaran cenderung pasif, akan berasa bosan,
mengantuk, perhatian berkurang dan akhirnya kurang bermotivasi.
Dewasa ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan perlu interaksi
aktif antara pelajar dan guru. Untuk memikat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam
pengajaran dan aktiviti pembelajaran, guru dituntut untuk lebih kreatif dalam mengatur aktiviti
pembelajaran. Penerapan variasi aktiviti dalam pengajaran, mewujudkan proses
pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan. Oleh itu, guru mesti mempunyai input dan
rujukan yang boleh digunakan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik minat pelajar.
SOROTAN LITERATUR
Penguasaan subjek Matematik khususnya adalah merupakan salah satu prasyarat bagi
sesebuah negara dalam mencapai kemajuan (Kaffenberger & Pritchett, 2020). Ini selari
dengan sistem pendidikan Malaysia yang menekankan pembangunan kandungan
pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa. Matematik
merupakan matapelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar dari peringkat rendah
sehinggalah peringkat tertinggi. Namun demikian, subjek matematik dianggap sebagai
matapelajaran yang tidak menarik, sukar dan membosankan (Kunwar & Sharma, 2020). Oleh
yang demikian, guru perlu mengambil inisiatif untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran subjek matematik lebih menarik dan berkesan.
Pendaraban dua matrik adalah konsep asas dalam pengenalan linear algebra.
Tambahan pula, hasil dari sistem persamaan linear diformulasi dari proses pendaraban dua
matrik ini. Walaupun prosedur pendaraban dua matrik adalah ringkas, Pemahaman pelajar
haruslah merangkumi ‘mengapa’, bukan hanya ‘bagaimana’ Murphy et. Al., 2018).
Proses pendaraban dua matrik mempamerkan masalah pemahaman konsep bagi
segelintir pelajar. Sebagai contoh, pendaraban dua matriks adalah berbeza dengan
pendaraban dua integer memandangkan ia tidak semudah mendarab biasa dan hasil
pendaraban dua matrik juga tidak komutatif. Pendaraban dua matriks adalah pedaraban
secara abstrak dalam algebra, di mana ia menggunakan proses mendarab dan menambah
secara abstrak. Ini adalah idea yang jarang dilihat oleh pelajar yang tiada pendedahan tentang
algebra secara abstrak sebegini (Cook, 2018).
PERMASALAHAN KAJIAN
Topik matriks merupakan topik yang kelima bagi kursus DM015 Semester Satu peringkat
matrikulasi bagi Jurusan Sains. Topik ini terbahagi kepada empat subtopik dan salah satunya
adalah pendaraban dua matriks. Pelajar telah didedahkan dengan konsep matriks dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 435

