Page 462 - e Prosiding Serai 2021
P. 462
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pasti murid membaca bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul mengikut kemahiran membaca yang terdapat dalam Standard Pembelajaran. Pengkaji
mendapati kualiti bacaan setiap murid agak berbeza. Ramai dalam kalangan mereka dapat
membaca dengan baik dan lancar tetapi terdapat segelintir murid yang mengalami masalah
bacaan. Ini dapat diperhatikan pada suara mereka yang agak kurang jelas dan tidak begitu
kuat semasa membaca.
Berdasarkan pemerhatian ini juga, mereka tidak tahu untuk membunyikan atau
menyebut suku kata dan perkataan tersebut. Mereka terpaksa mengeja dan membatangkan
perkataan terlebih dahulu berbanding dengan murid lain yang telah mahir dan cekap
menguasai kemahiran membaca. Mereka juga didapati hanya mampu membunyikan
beberapa suku kata terbuka sahaja. Apabila ditanya kepada rakan-rakan mereka, mereka
merupakan murid Program Kelas Pemulihan Bahasa Melayu.
Pengkaji telah membincangkan masalah ini bersama-sama guru Bahasa Melayu
Tahun 3. Menurut temu bual tersebut, beliau menyatakan bahawa prestasi beberapa orang
murid di dalam kelas tersebut masih lemah dan mereka merupakan murid-murid permulihan.
Berdasarkan senario yang berlaku di dalam kelas 3 Dinamik ini, pengkaji berharap kajian yang
bakal dilaksanakan dapat membantu murid menyelesaikan masalah kemahiran ini dengan
cara meningkatkan amalan PdPc guru di dalam kelas.
METODOLOGI KAJIAN
Pengkaji menggunakan tiga jenis instrumen untuk mengumpul data iaitu melalui pemerhatian,
temu bual dan ujian.
Intrumen
Kajian
Pemerhatian Temu Bual Kaedah Ujian
Rajah 1. Instrumen Kajian
Pemerhatian
Instrumen utama yang digunakan bagi mendapatkan data secara kualitatif adalah
pemerhatian. Menurut Yavaneshvari (2017), pemerhatian adalah satu kaedah memerhati,
mencatat serta merekod peristiwa dan tingkah laku dalam bidang yang dikaji. Terdapat dua
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 444

