Page 460 - e Prosiding Serai 2021
P. 460
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KV + KVK MURID TAHUN 3
MENGGUNAKAN APLIKASI ANDROID ‘ABC SUKA’
1 2
Amira Imannina binti Azhar Apendi dan Che Mansor bin Che Tom
1,2
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
amiraimannina@gmail.com
ABSTRAK
Satu kajian telah dilaksanakan untuk membantu murid dalam meningkatkan kemahiran
membaca mereka bagi perkataan yang berpolakan suku kata KV+KVK dalam bahasa Melayu
. Kumpulan sasarnya ialah murid tahun tiga yang didapati kurang berkemahiran dalam
penguasaan membaca tersebut. Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk
meningkatkan kemahiran membaca murid tersebut dalam aspek penguasaan suku kata
KV+KVK dengan membangunkan aplikasi “Android ABC SuKa” untuk diaplikasikannya di
dalam bilik darjah . Selain itu, pengkaji juga ingin menghuraikan keistimewaan yang dimiliki
oleh aplikasi Android ABC SuKa itu sendiri di samping memperihalkan prosedur
penggunannya. Natijahnya, penghasilan aplikasi ini adalah salah satu usaha yang murni bagi
pengkaji sebagai pendidik dalam membantu murid yang mengalami masalah membaca suku
kata yang berpolakan KV+KVK. Analisis ujian pra menunjukkan bahawa peserta kajian masih
lemah dalam menguasai kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka dan tertutup
(KV+KVK). Setelah aplikasi Android ABC SuKa dilaksanakan kepada mereka, perubahan
yang positif telah berlaku. Implikasinya, melalui penggunaan aplikasi Android ABC SuKa ini
didapati purata markah bagi ketiga-tiga peserta kajian adalah sebanyak 60% dalam ujian pra
dan ujian pasca. Hal ini terbukti bahawa melalui penggunaan aplikasi ABC SuKa ini telah
berjaya mencapai matlamat yang disasarkan. Peserta kajian juga telah menunjukkan sikap
yang positif iaitu sangat seronok dan berminat dalam melakukan aktiviti PdPc dengan
menggunakan aplikasi ini. Kesimpulannya, aplikasi ini adalah satu inovasi yang berteknologi
terkini yang boleh membantu murid mempelajari kemahiran membaca tanpa bantuan guru
secara dalam talian mahupun tanpa jaringan internet. Dapatan hasil ujian pasca menunjukkan
alat ini berjaya membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan
KV+KVK terhadap peserta kajian ini. Cirinya yang sangat istimewa iaitu menjimatkan dan
menggunakan teknologi terkini serta mesra pengguna amat memudahkan peserta kajian
untuk memperoleh maklumat dan menggunakannya pada bila-bila masa walaupun tanpa
jaringan internet di rumah.
Kata kunci: kemahiran membaca, suku kata, aplikasi android
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 442

