Page 464 - e Prosiding Serai 2021
P. 464
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Analisis Bertema
Analisis bertema digunakan untuk menjawab soalan kajian kedua dan ketiga daripada data
temu bual dan pemerhatian. Analisis ini bertujuan untuk mendapatkan tema yang boleh
dikaitkan dengan ciri-ciri istimewa yang terdapat pada ABC SuKa dan bagaimana pengkaji
menggunakan aplikasi ini sehingga boleh membantu murid meningkatkan kemahiran
membaca dalam aspek suku kata KV + KVK. Analisis ini digunakan untuk mengenal pasti
tema atau kategori seperti idea, konsep dan kata kunci yang boleh diperoleh melalui
pemerhatian dan transkrip jawapan. Tujuan mengenal pasti tema atau kategori ini adalah
untuk memilih perkataan atau frasa yang releven untuk menjawab soalan kajian. Analisis ini
dilaksanakan sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan terhadap PK.
Analisis Skor Markah
Analisis skor markah pula digunakan untuk menjawab soalan pertama iaitu apakah
penggunaan aplikasi Android ABC SuKa dapat membantu meningkatkan kemahiran
membaca murid dalam aspek suku kata KV + KVK? Analisis ini telah dilaksanakan selepas
melaksanakan tindakan terhadap PK. Hal ini bertujuan untuk melihat pencapaian yang
diperoleh PK sama ada terdapat perubahan atau masih memerlukan sesi pengukuhan
lanjutan. Melalui analisis skor markah ini juga, pengkaji dapat mengenal pasti sekiranya ABC
SuKa mampu meningkatkan kemahiran membaca PK dalam aspek suku kata KV + KVK.
Cara Menyemak Data
Bagi memastikan data yang diperoleh mempunyai kesahan kebolehpercayaan yang tinggi,
kesemua data yang diperoleh disemak. Pengkaji menggunakan kaedah triangulasi data yang
menggunakan gabungan kaedah pengumpulan data. Triangulasi bermaksud sesuatu
pendekatan menjalankan satu penyelidikan dengan menggunakan gabungan lebih daripada
satu alat kajian dan ia adalah untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan penyelidikan
yang dijalankan secara kualitatif.
Triangulasi Kaedah
Triangulasi kaedah dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul
data. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan ujian sebelum dan selepas
tindakan bagi memastikan persoalan kajian dapat dijawab dengan baik iaitu membuktikan
bahawa ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi Android ABC SuKa mampu meningkatkan
kemahiran membaca PK dalam aspek suku kata KV + KVK. Tujuan menggunakan dapatan
dan keputusan kajian yang dijalankan ini benar-benar mempunyai dari satu kaedah adalah
untuk mengesahkan hasil kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 446

