Page 463 - e Prosiding Serai 2021
P. 463
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian, iaitu pemerhatian berstruktur dan
tidak berstruktur. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian secara berstruktur untuk
mencatat tingkah laku murid semasa sesi PdPc dilaksanakan. Pemerhatian berstruktur adalah
menggunakan senarai semak manakala pemerhatian tidak berstruktur menggunakan nota
lapangan (Rosinah Edinin, 2012).
Kaedah Ujian
Menurut Cronbach (2011), ujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala
bernombor atau sistem yang berfungsi. Ujian digunakan untuk mengukur pengetahuan atau
kemahiran individu dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Ujian Pra dijalankan untuk
mengenal pasti PK yang layak. Item yang terdapat pada Ujian Pra menguji kemahiran
membaca bunyi huruf vokal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan suku kata KV + KVK.
Item soalan ini terdiri daripada 36 soalan. Seterusnya, selepas menjalankan sesi rawatan,
pengkaji telah menjalankan Ujian Pasca iaitu menggunakan soalan yang sama digunakan
untuk Ujian Pra. Ujian pasca bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan aplikasi
Android ABC SuKa yang telah dijalankan kepada PK oleh pengkaji. Ujian pra dijalankan untuk
menilai tahap pencapaian PK sebelum tindakan dijalankan. Manakala ujian pasca dijalankan
adalah untuk menilai perbezaan pencapaian PK selepas tindakan diberikan.
Temu Bual
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan temu bual berstruktur. Temu bual telah
dijalankan terhadap PK untuk mengetahui perasaan mereka apabila menggunakan aplikasi
ABC SuKa. Hal ini dapat membantu pengkaji mengumpul maklumat tentang maklum balas
terhadap teknik dan kaedah yang digunakan. Pengkaji juga telah menemu bual PK selepas
pelaksanaan tindakan. Antara soalan yang diajukan kepada PK ialah, "Apakah perasaan
kamu selepas melakukan aktiviti menggunakan aplikasi ABC SuKa tadi?". Tindak balas PK
terhadap soalan ini dapat memberi dapatan kepada pengkaji adakah aplikasi ABC SuKa ini
berjaya menarik perhatian PK. Soalan lain yang diajukan ialah "Adakah kamu boleh membaca
suku kata terbuka dan tertutup dengan tepat dan betul?". Berdasarkan jawapan yang
diberikan oleh PK, pengkaji dapat menentukan bahawa pelaksanaan aplikasi ABC SuKa ini
mampu atau tidak mencapai objektif yang sudah digariskan.
Cara Menganalisis Data
Kaedah penganalisisan data yang digunakan ialah analisis bertema dan analisis skor markah.
Penjelasan lanjut mengenainya adalah seperti berikut.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 445

