Page 55 - e Prosiding Serai 2021
P. 55

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               DAPATAN DAN PERBINCANGAN

               Soal selidik telah dijawabkan oleh 50 orang murid Cina yang bersekolah di SJKC Kwang Hua

               Sungai Kecil Ilir dan data yang dikumpulkan telah dianalisiskan dengan penggunaan SPSS
               versi 26.0 untuk mencari nilai min dan sisihan piawai. Hal ini adalah untuk menentukan tahap

               penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan kemahiran bahasa dan sikap.


               Strategi Kemahiran Mendengar dalam Pembelajaran Bahasa Melayu


               Jadual 1 menunjukkan dapatan kajian tentang skor min dan sisihan piawai strategi kemahiran
               mendengar dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh murid Cina di Sekolah Kurang Murid.

                Aspek                                          Min             SP                      Tahap

                Strategi   Kemahiran     Mendengar     dalam  3.54             0.77                Sederhana
                Pembelajaran Bahasa Melayu



                      Hasil kajian mendapati tahap strategi kemahiran mendengar murid Cina di SKM ialah
               min 3.54 dan berada pada tahap sederhana. Berdasarkan pecahan setiap item, didapati  item

               Menumpu sepenuh perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas memperoleh nilai min
               tertinggi  sebanyak  4.02.  Sementara  itu  Mendengar  rakan  berbangsa  Melayu  bertutur
               memperoleh turut memperoleh nilai min yang tinggi dengan catatan min 3.62. Malah murid

               juga bertindak positif dengan Meminta penjelasan guru jika tidak memahami pada kali pertama
               saya mendengarnya dengan nilai  min 3.66. Bagi item Mendengar radio dalam bahasa Melayu

               memperoleh nilai min terendah dengan 2.68. Oleh itu, berdasarkan Jadual 1, dapatan kajian
               ini  menunjukkan  bahawa  penggunaan kemahiran  mendengar  dalam  pembelajaran  bahasa
               Melayu sebagai strategi pembelajaran dalam kalangan murid di SJKC secara keseluruhannya

               adalah pada tahap sederhana dengan min 3.54.

               Strategi Kemahiran Bertutur dalam Pembelajaran Bahasa Melayu


               Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian tentang skor min dan sisihan piawai strategi kemahiran
               bertutur dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh murid Cina di Sekolah Kurang Murid.

                Aspek                                               Min        SP                      Tahap

                Strategi    Kemahiran      Bertutur    dalam        3.06       0.93              Sederhana
                Pembelajaran Bahasa Melayu



               Bagi strategi kemahiran bertutur, nilai min yang diperoleh ialah 3.06 yang juga pada tahap
               sederhana. Min tertinggi diperoleh melalui item Meminta bantuan daripada rakan sekelas jika


                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      37
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60