Page 53 - e Prosiding Serai 2021
P. 53

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               bahasa Melayu adalah sangat penting serta diwajibkan oleh semua murid yang merupakan
               bakal  pemimpin  negara  kita.  Sekolah  Kebangsaan  (SK),  Sekolah  Jenis  Kebangsaan  Cina

               (SJKC)  dan  Sekolah  Jenis  Kebangsaan  Tamil  (SJKT)  merupakan  tiga  jenis  aliran  yang
               termaktub  dalam  sistem  pendidikan  sekolah  rendah  di  Malaysia.  Bahasa  pengantar  yang
               digunakan di SK ialah bahasa Melayu manakala bahasa ibunda bagi SJKC iaitu bahasa Cina

               dan SJKT iaitu bahasa Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah masing-masing. Namun
               begitu,  seperti  yang  dinyatakan  dalam  Penyata  Razak  1956,  bahasa  Melayu  merupakan

               bahasa wajib di semua sekolah tidak kira SJKC atau SJKT yang menjadikan bahasa ibunda
               sebagai  bahasa  pengantar.  Dari  segi  penguasaan  bahasa,  bahasa  kedua  pula  diperoleh
               dalam  bentuk  pembelajaran  bahasa  baharu  yang  dirancang  dengan  proses  yang  sengaja

               sifatnya (Tay dan Wong, 2016). Oleh itu, strategi pembelajaran bahasa ialah tindakan yang
               dapat digunakan oleh murid untuk memudahkan pemerolehan, penyimpanan, pengingatan

               semula dan penggunaan maklumat sehingga menjadikan pembelajaran lebih mudah, lebih
               cepat,  lebih  menyeronokkan,  lebih  kendiri,  lebih  efektif  serta  lebih  senang  dipindahkan  ke
               suasana  yang  baharu  (Zamri,  2015).  Sharala,  Zamri,  Jamaludin,  Nik  Mohd  Rahimi  dan

               Mohamed Amin (2014) turut menyatakan bahawa kebanyakan pengkaji pembelajaran bahasa
               kedua  berpendapat  bahawa  strategi  menjadi  elemen  yang  penting  dalam  pembelajaran
               bahasa ialah strategi yang melibatkan prosedur mental dan komunikatif untuk mempelajari

               dan menggunakan bahasa dalam kerangka mempertingkatkan pencapaian dan penguasaan
               bahasa sasaran. Strategi pembelajaran bahasa bukan sahaja dapat membantu murid untuk
               meningkatkan  penguasaan  dalam  bahasa  sasaran,  malah  dapat  membentuk  murid  yang

               berdikari untuk mempelajari bahasa tanpa bantuan daripada guru. Oleh itu, satu kajian tentang
               strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh murid Cina dijalankan  oleh pengkaji di

               SJKC untuk memperoleh maklumat supaya memberikan manfaat kepada murid bukan Melayu
               khususnya murid Cina dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.



               PERNYATAAN MASALAH

               Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyeragamkan pelaksanaan pendidikan bahasa

               Melayu sebagai bahasa penghantar rasmi dalam sistem persekolahan Malaysia mulai tahun
               1982, pembelajaran bahasa Melayu menjadi penting kepada semua murid yang belajar di SK,
               SJKC ataupun SJKT. Dengan ini, murid diwajibkan mempelajari bahasa Melayu dan bahasa

               Melayu dijadikan subjek yang wajib diambil semasa murid menduduki peperiksaan. Secara
               teorinya, semua murid harus menguasai bahasa Melayu dengan baik (Zamri dan Mohamed
               Amin, 2008). Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia,

               dapat dilihatkan pencapaian murid bukan Melayu dalam subjek bahasa Melayu adalah lemah
               berbanding dengan murid Melayu. Selain itu, Roasharimah (2017) juga mengatakan bahawa


                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      35
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58