Page 54 - e Prosiding Serai 2021
P. 54

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               keputusan UPSR bagi penutur bahasa kedua kurang memuaskan. Hal ini selari dengan kajian
               (Hung Siew Siew dan Zamri Mahamod, 2021) yang memaparkan kemerosotan pencapaian

               murid Cina dan Iban dalam subjek bahasa Melayu Penulisan bagi Ujian Penilaian Sekolah
               rendah (UPSR) tahun 2018 dan 2019 aliran SKC di daerah Subis. Oleh itu, kajian ini meninjau
               strategi pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan murid SJKC di sebuah sekolah yang

               dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM).



               OBJEKTIF KAJIAN

               Kajian ini adalah bertujuan untuk:

                   1.  Mengenal pasti strategi kemahiran mendengar dalam pembelajaran bahasa Melayu

                      yang digunakan oleh murid Cina di SKM.
                   2.  Mengenal pasti strategi kemahiran bertutur dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
                      digunakan oleh murid Cina di SKM.

                   3.  Mengenal  pasti  strategi  kemahiran  membaca  dalam  pembelajaran  bahasa  Melayu
                      yang digunakan oleh murid Cina di SKM.

                   4.  Mengenal pasti strategi kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
                      digunakan oleh murid Cina di SKM.
                   5.  Mengenal pasti sikap murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan

                      murid di SKM.


               METODOLOGI KAJIAN


               Kajian ini berbentuk penyelidikan deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 50
               orang murid Cina yang bersekolah di salah sebuah SJKC kategori Kurang Murid di negeri

               Perak telah dijadikan sampel kajian. Pengkaji telah mengubah suai dan mengadaptasikan soal
               selidik daripada inventori kajian yang disediakan oleh Zamri, Kamiliah dan Wan Muna (2016)
               sebagai instrumen kajian ini. Kesahan instrumen kajian telah disahkan oleh pakar bidang dan

               pakar bahasa di IPG Kampus Bahasa Melayu. Soal selidik ini adalah dalam bentuk Google
               Form dan mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bagi
               mengenalpastikan kebolehpercayaan instrumen, iaitu soal selidik, pengkaji telah menjalankan

               analisis kebolehpercayaan Cronbach Alpha 0.98 dalam kajian rintis yang melibatkan 20 orang
               responden yang hampir sifatnya dengan responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan

               menggunakan  Statistical  Package  for  the  Social  Science  (SPSS)  versi  26.0.  Tahap
               penggunaan  stratetgi  kemahiran  mendengar  dalam  pembelajaran  bahasa  Melayu
               dikategorikan kepada tiga tahap berdasarkan interpretasi skor min yang dicadangkan oleh

               Jamil (2002).

                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      36
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59