Page 69 - e Prosiding Serai 2021
P. 69
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Berdasarkan jadual tersebut, hasil dapatan kajian menunjukkan kesemua item soalan bagi
pengaplikasian PAK-21 merangkumi aspek kreativiti, pemikiran kritis, kolaboratif dan
komunikasi berada pada tahap min yang tinggi iaitu 4.39 (SP = 0.53). Secara keseluruhannya,
nilai min bagi pengaplikasian PAK-21 dari aspek kreativiti (Min = 4.48, SP = 0.64) dan
kolaboratif (Min = 4.47, SP = 0.57) berada pada intepretasi min yang tinggi berbanding aspek
pemikiran kritis dan komunikasi. Oleh hal yang demikian, hasil dapatan kajian ini mendapati
bahawa siswa guru Pendidikan Islam di Malaysia mempunyai kemahiran untuk
mengaplikasikan kemahiran PAK-21 dalam PdPC.
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Penyelidik berpandangan bahawa siswa guru Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) sudah menguasai tahap pengetahuan dan pengaplikasian Pembelajaran
Abad ke-21 (PAK-21) semasa menjalani praktikum di sekolah selama tiga bulan. Namun
masih banyak lagi yang perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan mutu
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Pendidikan Islam akan bertambah
baik. Hal ini sangat penting bagi memastikan modal insan yang dibina hari ini dapat menjadi
seseorang yang berpotensi dan bersahsiah serta mempunyai kemahiran yang pelbagai.
Di samping itu, tahap pengaplikasian siswa-siswi guru Pendidikan Islam di seluruh
Malaysia dalam penggunaan PAK-21 masih lagi boleh dipertingkatkan. Hal ini bagi
memastikan mutu pendidikan di Malaysia ini mampu bersaing dengan negara-negara maju
yang lain dalam sektor pendidikan. Oleh itu, penyelidik berharap agar kajian ini dapat dijadikan
sebagai suatu panduan dan landasan dalam menjadikan siswa guru sebagai seorang yang
profesional dan bertanggungjawab terhadap pembentukan modal insan seiring dengan
perubahan dunia terutamanya dalam bidang pendidikan.
RUJUKAN
Azalya Ayob. (2013). Kepentingan kemahiran generik di kalangan pekerja di industri elektrik
dan elektronik di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi
Malaysia.
Aziz Omar. (2011). Kualiti Pelajar Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Dato‟ Razali
Ismail. Jurnal Penyelidikan Muaddib, Jilid VII, 72-86.
Badrul Hisham Alang Osman & Mohd Nasruddin Basar. (2016). Penilaian Kendiri Amalan
Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh. Conference Paper Keningau, 1-35.
Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi II : Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 51

