Page 767 - e Prosiding Serai 2021
P. 767
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
GANJARAN SOSIAL UNTUK MODIFIKASI TINGKAH LAKU MURID ALIRAN PERDANA
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG HILIRAN
1
Nuruzzati A’smah binti Esomuddin dan Suhaimi bin Ramli 2
1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
nuruzzati17-1063@epembelajaran.edu.my, suhaimi.ramli@ipgm.edu.my
ABSTRAK
Tingkah laku disruptif memberikan impak negatif dalam bilik darjah dan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Oleh yang demikian, kajian berbentuk tinjauan
ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pengaplikasian ganjaran sosial dalam mengubah
tingkah laku negatif murid kepada tingkah laku positif. Instrumen yang digunakan adalah
berbentuk soal selidik yang diedarkan secara atas talian. Soal selidik yang digunakan
diadaptasi daripada kajian Aini Ahmad dan Norhafizah Hanifah (2015) dan telah diubahsuai
mengikut kesesuaian responden kajian. Berdasarkan kaedah penentuan Krejcie dan Morgan
(1970), sampel yang terlibat adalah sebanyak 56 orang guru yang mengajar di Sekolah
Kebangsaan Padang Hiliran (SKPH). Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti guru-guru
berpendapat bahawa pengaplikasian ganjaran sosial merupakan peneguhan positif yang
dapat mengubah tingkah laku negatif kepada positif (Min = 4. 47, SP = 0.46). Justeru, kajian
ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam menggalakkan guru-guru untuk
mengaplikasikan ganjaran sosial dan memastikan pengaplikasiannya berada pada tahap
yang maksimum.
Kata Kunci : tingkah laku disruptif, keberkesanan, ganjaran sosial, peneguhan positif.
PENGENALAN
Pada era globalisasi kini, profesion keguruan menjadi semakin mencabar dari segi tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan dalam membentuk modal insan yang cemerlang.
Perubahan dan penambahbaikan yang berlaku dalam bidang pendidikan telah mengubah
fungsi guru yang dahulunya hanya sebagai penyampai pengajaran kepada fasilitator atau
pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Tingkah laku negatif murid merupakan sebuah topik hangat yang sering menjadi
perbualan dalam dunia pendidikan. Menurut Ghani Abdullah & Rahman Aziz (2009), tingkah
laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku yang menghalang, tingkah laku yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 749

