Page 769 - e Prosiding Serai 2021
P. 769
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mungkin apabila murid melakukan tingkah laku yang melanggar disiplin. Hal ini membuktikan
bahawa ganjaran sosial yang digunakan telah memberikan impak yang positif terhadap murid.
Dapatan Luar Negara
Menurut Atkinson (1990) dalam Safura Sabri et.al. (2016), tingkah laku bermasalah adalah
merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu
masyarakat. Tingkah laku bermasalah yang dinyatakan merangkumi tingkah laku distruktif,
tingkah laku distruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku
pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku
bermasalah bukan sahaja merujuk kepada aspek-aspek keganasan malah melibatkan
permasalahan dalam pembentukan kendiri murid yang akan menentukan corak peribadi murid
tersebut.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Valdebenito et.al. (2018), kebolehan guru dalam
pengurusan bilik darjah merupakan perkara penting bagi memastikan pembelajaran
berlangsung dengan jayanya. Antara kemahiran yang perlu ada adalah kemahiran seperti
garis panduan untuk mengajar peraturan dan kemahiran bukan teknikal seperti teknik
mengukuhkan kelakuan positif dan teknik untuk menerangkan kelakuan yang diharapkan.
Kedua-dua kemahiran ini bertujuan untuk meningkatkan proses pembelajaran, mencegah
tingkah laku yang salah dan mendorong penyertaan positif oleh murid.
Hasil kajian Nur Misdaramayani (2017), ganjaran dalam proses pembelajaran dapat
mendidik dan memberikan rangsangan agar murid termotivasi untuk berbuat kebaikan, baik
dari hasil belajar, mematuhi peraturan dan tatatertib dengan persekitaran. Pelaksanaan
ganjaran dalam proses pembelajaran yang dilaksanakan bertujuan untuk menambah motivasi
murid dalam belajar. Pencapaian terhadap sesebuah tujuan perlu melalui proses tertentu
seperti pengaplikasian ganjaran dan hukuman yang sesuai dalam proses PdP.
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang merujuk kepada satu bentuk penyelidikan
yang cenderung terhadap penggunaan teknik atau metodologi saintifik di dalam pengkajian
fenomena sosial. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan secara deskriptif yang
bertujuan untuk mengenalpasti dan mengkaji secara sistematik berkaitan pengaplikasian
ganjaran sosial dalam modifikasi tingkah laku murid.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 751

