Page 768 - e Prosiding Serai 2021
P. 768

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               menganggu dan tingkah laku anti sosial. Masalah tingkah laku yang sering dihadapi oleh guru-
               guru merupakan cabaran besar dalam memastikan kelancaran proses PdP yang dijalankan.


                       Dalam menangani masalah ini, guru boleh mengaplikasikan teknik ganjaran dalam
               mengubah tingkah laku negatif murid kepada positif. Bagi seseorang murid, ganjaran yang

               diberikan oleh guru adalah sangat bermakna dan mampu meningkatkan semangat mereka
               untuk belajar. Pemberian ganjaran mampu mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu
               perkara dengan lebih tekun dan berkualiti.



               SOROTAN LITERATUR


               Berdasarkan pembacaan dan penelitian yang dilakukan, terdapat banyak kajian yang telah
               dibuat di dalam dan di luar negara mengenai ganjaran sosial untuk modifikasi tingkah laku

               murid. Kajian-kajian ini akan menjadi panduan kepada pengkaji sepanjang proses pengkajian
               dijalankan.

               Dapatan Dalam Negara

               Menurut  Zalina  Katmana  et.al. (2016), ganjaran      seperti      pujian      dan      token  ekonomi
               merupakan salah satu   teknik yang   mampu memberikan kesan dan   memberi motivasi
               kepada murid sekiranya  dilaksanakan sesuai dengan   masalah   yang  hendak   diselesaikan.

               Hal ini terbukti bahawa hasil dari kajian tersebut mendapati perubahan tingkah laku suka tidur
               di dalam kelas dapat dihentikan. Berdasarkan hasil  kajian ini, dapat dirumuskan bahawa
               pendekatan yang digunakan sangat berhasil mengubah sikap yang negatif kepada   lebih

               positif.

                       Berdasarkan hasil dapatan kajian Nurnaqibah Noora & Hanafi Yasin (2016), dapat

               dirumuskan  bahawa  pendekatan  yang  digunakan  berhasil  mengubah  sikap  yang  negatif
               kepada  lebih  positif.  Kesesuaian  penggunaan  kata  pujian  terhadap  responden  adalah

               bertepatan  dengan  tahap  perkembangan  dirinya.  Tindakan  yang  diambil  dapat  diubah
               daripada mengambil tindakan negatif kepada suatu tindakan yang positif. Perkara ini adalah
               sejajar  dengan  matlamat  pendidikan  untuk  meningkatkan  perkembangan  diri  murid  yang

               holisitik dan positif. Justeru, kajian ini membuktikan bahawa tingkah laku disruptif murid dapat
               dikurangkan dan seterusnya dapat dihapuskan.

                       Sementara itu, hasil dapatan kajian Rahayu Rahim, Hanafi Yasin & Mokhtar Tahar

               (2016) menyatakan cara peneguhan yang diberikan akan memberi kesan terhadap tingkah
               laku yang seterusnya. Justeru itu, pemilihan teknik atau kaedah yang sesuai bagi mengatasi

               tingkah  laku  negatif  adalah  sangat  penting  dalam  mengubah  tingkah  laku  tersebut.
               Penggunaan peneguhan positif kata pujian sangat dititiberatkan dan perlu dilakukan sekerap


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                750
   763   764   765   766   767   768   769   770   771   772   773