Page 770 - e Prosiding Serai 2021
P. 770

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Persampelan

               Dalam  pada  itu,  pengkaji  menggunakan  persampelan  rawak  mudah  bagi  mendapatkan

               sampel yang akan dikaji. Persampelan secara rawak yang digunakan membolehkan setiap
               orang  mempunyai  peluang  yang  sama  untuk  dipilih.  Menurut  Majid  Konting  (2009),

               persampelan rawak mudah sesuai digunakan sekiranya populasi yang dikaji mempunyai ciri
               yang seragam. Bagi kajian ini, sampel yang terlibat adalah sebanyak 56 orang guru yang
               mengajar  di  Sekolah  Kebangsaan  Padang  Hiliran.  Saiz  sampel  yang  dinyatakan  adalah

               berdasarkan daripada jadual penentuan Krejcie dan Morgan 1970.

               Instrumen Kajian

               Soal selidik adalah kaedah kajian yang paling popular, mudah ditadbir setelah dibina dengan
               baik dan data yang senang diproses untuk dianalisis (Mohd Najib, 2003).  Dalam kajian ini,
               pengkaji  menggunakan  soal  selidik  berskala  likert  yang  dibuat  oleh  Aini  Ahmad  dan

               Norhafizah  Hanifah  (2015)  terhadap  Tahap  Pengetahuan  Guru  Pendidikan  Khas  Apabila
               Mengurus Tingkah Laku Murid Bermasalah Pembelajaran. Item-item dalam soal selidik ini

               telah menjalani proses modifikasi selaras dengan objektif kajian dan mengikut kesesuaian
               responden kajian.


               Kesahan dan Kebolehpercayaan
               Instrumen kajian ini telah disemak oleh tiga orang pakar bagi mendapatkan kesahan soal

               selidik yang akan ditadbir. Selain itu, kajian rintis yang dilaksanakan memperoleh nilai Alpha
               Cronbach  (α)  sebanyak  0.87  yang  menunjukkan  kebolehpercayaan  yang  baik  dan  boleh
               diterima berdasarkan jadual Interpretasi Skor Alpha Cronbach (Bond dan Fox, 2007).




               DAPATAN KAJIAN

               Bab  ini  melaporkan  hasil  dapatan  kajian  yang  diperoleh  daripada  soal  selidik  yang  telah

               ditadbir  ke  atas  kumpulan  responden  yang  disasarkan.  Keseluruhan  dapatan  kajian  bagi
               komponen ganjaran sosial yang terdapat di dalam kajian menunjukkan bahawa komponen

               pujian memperoleh (Min = 4.68 SP = 0.45), komponen penghargaan (Min = 4.73 SP = 0.45),
               komponen kata-kata positif (Min = 4.69, SP = 0.44) dan komponen tingkah laku (Min = 4.59,
               SP = 0.5). Analisis kajian menunjukkan bahawa kesemua komponen berada pada tahap tinggi

               dengan nilai min yang melebihi ≥4.01. Dapatan ini dapat diperhatikan dalam jadual 1 di bawah.







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                752
   765   766   767   768   769   770   771   772   773   774   775