Page 781 - e Prosiding Serai 2021
P. 781

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021


               Kaedah Pengumpulan Data

               Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji adalah menggunakan pemerhatian
               dan temu bual. Kaedah ini membolehkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat primer yang
               boleh  dijadikan  sebagai  eviden  dalam  kajian  ini.  Selain  itu,  pengkaji  turut  menggunakan

               kaedah temu bual bagi mengumpul data daripada responden. Kaedah temu bual digunakan
               supaya  maklumat  yang  diperoleh  itu  merupakan  maklumat  shahih  yang  datang  daripada

               responden itu sendiri.

               Penganalisisan Data

               Pengkaji telah merakam pemerhatian dan juga temu bual yang dijalankan untuk mengambil
               maklumat awal. Setelah itu, data akan dipindahkan dalam bentuk deskriptif bagi menyokong

               dan menghurai maklumat yang diperoleh. Pengkaji juga menyusun maklumat yang diperoleh
               mengikut  kesesuaian  kajian  supaya  maklumat  yang  berkaitan  sahaja  dijadikan  sebagai
               dapatan  kajian.  Hal  ini  adalah  supaya  kajian  yang  dijalankan  dapat  memenuhi  keperluan

               objektif  yang  dinyatakan  serta  dapat  mengurangkan  masalah  yang  berkait  dengan  tajuk
               kajian.

               DAPATAN KAJIAN

               Perbincangan akan dimulakan dengan menelusuri tema yang pertama terlebih dahulu iaitu:


               Tahap Pengetahuan (SK1)

                       Hasil  daripada  analisis  data,  pengkaji  mendapati  kesemua  responden  mempunyai
               tahap pengetahuan yang baik dan tinggi berkaitan dengan rukun solat. Berdasarkan kepada

               temu  bual,  maklumat  yang  asli  dan  jitu  berdasarkan  kepada  pengetahuan  sedia  ada
               responden dapat diperoleh dengan berkesan.


                         i.   Pendedahan Awal
                              Hasil daripada analisa data yang telah dilaksanakan, kebanyakan responden

                              telah  mendapat  pendidikan  mengenai  solat  sejak  bermula  sekolah  rendah
                              malah lebih awal melalui pendidikan tidak formal. Hal ini bertepatan dengan
                              hadis Rasulullah SAW:

                                          َ
                                                                     َ
                                                                                    َ
                                         َ
                                                                    َ
                                        ُءانْبأ ْمُهو ا َ هْيَلَع ْمُهوُب ِ رْضاو ، َنيِنِس عْبَس ُءانْبأ ْمُهو ِةلاَّصلاِب ْمُكَدلا ْ وأ او ُ رُم
                                                         َ
                                             َ
                                                                         َ
                                                                ِ
                                                          ْ
                                                                َ
                                                       ع ِ جاَض َ ملا يِف ْمُهنْيَب اوُق ِ  رَفو ، ٍ رْشَع
                                                                      َ
                                                     ِ
                                                                           (HR Abu Daud)
                              Maksudnya:  Perintahkanlah  anak-anak  kalian  untuk  mendirikan
                              solat  ketika  mereka  berumur  tujuh  tahun  dan  pukullah  mereka
                              (jika  mereka  tidak  mahu  melaksanakannya)  ketika  mereka
               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                763
   776   777   778   779   780   781   782   783   784   785   786