Page 785 - e Prosiding Serai 2021
P. 785
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Berdasarkan analisis yang dilaksanakan, pengkaji mengenal pasti
hanya 40% responden dapat melaksanakan rukuk dengan tepat. Menurut
Ahmad Faisol (2015), perbuatan rukuk perlu mempunyai empat aspek iaitu
badan berkedudukan 90 darjah, pandangan mata menghala ke tempat sujud,
jari tangan direnggangkan di kepala lutut dan meluruskan kaki. Oleh itu,
pengamalan rukuk dalam kalangan responden tidak begitu memuaskan dan
perlu ditingkatkan lagi menerusi pembelajaran kendiri atau melalui faktor-faktor
yang dinyatakan bagi menjamin kualiti solat yang sempurna.
Bagi rukun qauli dan rukun fi’li yang tidak dinyatakan, kesemua
responden dapat melaksanakan dan mengamalkannya dengan tepat mengikut
syarak dan juga sebagaimana yang dianjurkan oleh mazhab Syafi’e. Justeru,
pengkaji hanya menyatakan rukun-rukun yang tidak dilaksanakan dengan
tepat supaya dapat melihat dengan lebih jelas tahap penghayatan atau
pengamalan mereka dalam rukun tersebut.
KESIMPULAN KAJIAN
Pendidikan solat amat penting bagi memastikan murid dapat beramal berdasarkan ilmu yang
tepat serta cara yang betul. Implikasi daripada penyelidikan ini telah menyedarkan pengkaji
tentang betapa pentingnya peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa, guru pendidikan
Islam dan juga pentadbir sekolah dalam memastikan murid benar-benar menguasai ibadah
solat. Oleh itu, pengkaji berharap agar kajian ini mampu memberikan kesan yang sewajarnya
kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung serta dapat
memberikan manfaat kepada pengukuhan sistem pendidikan di negara Malaysia.
CADANGAN KAJIAN
Pengkaji mencadangkan kajian yang bakal dilaksanakan perlu memperluaskan lagi kawasan
kajian dari satu institusi kepada beberapa institusi. Pengkaji juga mencadangkan untuk
mempelbagaikan responden dengan tidak menumpukan kepada satu aliran sahaja. Pengkaji
juga mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan dengan mengaitkan solat yang
dilaksanakan dengan tingkah laku murid. Hal ini adalah kerana penghayatan yang mendalam
terhadap ibadah solat dapat menghindarkan diri daripada melakukan kemungkaran.
RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim
Al-Hadith Al-Syarif
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 767

