Page 779 - e Prosiding Serai 2021
P. 779
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ْ
َ
ُةَلاَّصلا ُهُدوُمَعو ُ مَلاْس ِ لۡا ِ رْملۡا ُ سأ َ ر
َ
”Kepala segala perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat.”
Solat mengandungi tiga makna iaitu doa, kebaikan dan pengagungan. Solat disebut
doa kerana semua aktiviti di dalam solat meliputi doa, disebut kebaikan kerana keluhuran dan
pertumbuhan nilai baik boleh dibina melalui ibadah solat serta pengagungan kerana
mengandungi ungkapan pengagungan kepada Allah SWT. Manakala dari sudut istilah pula
bermaksud ibadah kepada Allah SWT berbentuk ucapan dan perbuatan yang khusus,
dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam (Fahrur & Muhammad Suhadi, 2014).
Walaupun begitu, solat yang dilaksanakan perlu mengikut cara dan pelaksanaan yang
telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW agar solat yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT.
Antara syarat sesuatu ibadah diterima termasuklah Islam, ikhlas dan juga mengikut syariat.
Justeru, pelaksanaan dan penghayatan solat dalam kehidupan perlu diberi perhatian khusus
agar dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia serta bertanggungjawab.
SOROTAN LITERATUR
Sorotan kajian-kajian lepas merupakan suatu keperluan dalam penyelidikan agar
kajian tidak tersasar dari objektif malah berperanan sebagai kesinambungan dari kajian yang
lepas dengan menghasikan satu penemuan baru. Antara kajian tersebut ialah daripada
Faridah (2016), faktor rakan merupakan faktor yang boleh mempengaruhi remaja
meningkatkan mutu solat atau sebaliknya. Rakan dapat memberikan kesan yang amat besar
kerana pergaualan harian yang memperuntukkan waktu bersama yang lebih lama
membolehkan mereka mudah cenderung di antara satu sama lain.
Menurut Sharifah Nur (2012) pula, kajian beliau mendapati pelajar tidak dapat
mengamalkan solat dengan tatacara yang betul berdasarkan ajaran agama kerana tiada
kesedaran untuk meningkatkan kualiti solat dalam diri masing-masing. Oleh itu, kajian ini amat
sesuai dengan kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji bagi melihat sejauh mana tahap
pengamalan solat dalam kalangan pelajar berdasarkan kepada amali yang dilakukan oleh
mereka.
Tambahan pula, menurut kajian Abdul Ghani (2004), 17 hingga 20 peratus sahaja
rakyat Malaysia yang menunaikan solat fardhu lima waktu. Pelajar sekolah menengah dan
rendah hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. Berdasarkan
penelitian terhadap kajian-kajian lepas, pengkaji mendapati terdapat beberapa kajian
berkaitan solat oleh para pengkaji terdahulu. Namun, data-data kajian yang diperoleh
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 761

