Page 776 - e Prosiding Serai 2021
P. 776
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap mungkin apabila murid melakukan tingkah
laku yang diingini. Oleh itu, guru perlulah sentiasa mengaplikasikan ganjaran sosial secara
tetap dan berkala agar peneguhan ini dapat memberi kesan kepada murid.
IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN
Antara implikasi kajian yang dibuat adalah dapat mendisiplinkan murid untuk mengubah
tingkah laku negatif kepada positif. Implikasi seterusnya adalah dapat membantu guru
mengurangkan tingkah laku negatif dan dapat meningkatkan semangat murid apabila guru
sentiasa menggunakan ganjaran sosial yang dinyatakan. Di samping itu, kajian ini juga
diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam menggalakkan guru-guru untuk
mengaplikasikan ganjaran sosial dan memastikan pengaplikasiannya berada pada tahap
yang maksimum.
Pada masa akan datang kajian ini boleh diperhalusi lagi dengan meluaskan skop dan
batasan kajian. Selain itu, kaedah pengumpulan data berbentuk temubual atau pemerhatian
juga boleh digunakan bagi merekod jangka masa perubahan tingkah laku yang ditunjukkan
agar keberkesanan hasil intervensi yang telah diberikan dapat dilihat dengan lebih jelas.
KESIMPULAN
Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan ganjaran sosial dapat membantu guru dalam
modifikasi tingklah laku negatif murid kepada positif. Guru-guru perlulah sentiasa
mengaplikasikan ganjaran sosial agar tingkah laku positif dapat digalakkan dan seterusnya
menghapuskan tingkah laku negatif di dalam bilik darjah. Pengetahuan berkaitan tingkah laku
negatif penting apabila guru membantu mengurus tingkah laku murid kerana faktor ini berkait
rapat dengan perancangan guru menyediakan intervensi pengurusan tingkah laku yang
bersesuaian untuk murid (Noor Rahayu Rahim, Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar,
2016). Justeru, guru perlulah berusaha untuk mengenalpasti dan menyediakan intervensi
yang sesuai dengan tingkah laku yang ditunjukkan agar modifikasi tingkah laku berjaya
dilaksanakan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa ganjaran sosial yang diberikan dapat
meningkatkan keberkesanan proses PdP dan memberikan impak yang positif dalam
mengawal tindakan murid untuk berkelakuan lebih baik secara berterusan.
RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah & Abd Rahman Aziz. (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Atkinson, R. L., Atkinson, R. C. & Hulgard, E. R. (1990). Introduction to Psychology. New York:
Harcourt Brace Jovanovich Publishers.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 758

