Page 778 - e Prosiding Serai 2021
P. 778

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                    PENGAMALAN SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN ISLAM DI
                                                        IPGKDRI

                                           Muhammad Izan Afiq bin Aznordin

                                   Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                                          izan17-1057@epembelajaran.edu.my



                                                       ABSTRAK


               Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Solat

               menjadi  tonggak  kepada  seluruh  ibadah  yang  lain  di  dalam  Islam  kerana  kedudukannya
               sebagai  tiang  agama.  Namun,  pemerhatian  yang  dijalankan  dalam  masyarakat  setempat
               menggambarkan  tiada  penghayatan  mengenai  setiap  rukun  yang  dilaksanakan.  Oleh  hal

               yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi menilai penghayatan rukun solat dalam kalangan
               bakal guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Faktor-faktor peningkatan

               pengetahuan rukun solat juga diambil kira dalam kajian ini bagi mengenalpasti pihak yang
               perlu  memainkan  peranan  utama  dalam  aspek  ibadah  solat.  Responden  yang  dipilih
               merupakan  siswa  guru  Pendidikan  Islam  Semester  8  yang  mempunyai  latar  belakang

               pendidikan  di  sekolah  yang mempunyai  aliran  agama.  Reka  bentuk kajian  ini  merupakan
               kajian  kualitatif  dengan  menggunakan  instrumen  temu  bual  dan  pemerhatian.  Temu  bual
               dilaksanakan  secara  struktur  dan  separa  struktur.  Hasil  dapatan  menunjukkan  bahawa

               penguasaan siswa guru mengenai rukun solat berada pada tahap yang sangat cemerlang.
               Implikasi kajian ini dapat menyumbangkan penambahan ilmu dan meningkatkan kecaknaan
               setiap  pihak  bagi  memastikan  ibadah  solat  dapat  diamalkan  dengan  sempurna.  Oleh  itu,

               dapat dinyatakan bahawa penghayatan rukun solat dapat memberikan kesan yang sangat
               besar demi memastikan solat yang dilaksanakan mengikut syarak serta meningkatkan kualiti

               ibadah solat.


               Kata kunci: Solat, Penghayatan, Faktor Peningkatan, Siswa Guru.

               PENGENALAN

               Solat merupakan satu ibadah yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Kedudukan solat di

               dalam Islam juga amat tinggi kerana solat merupakan salah satu perkara yang terkandung
               dalam rukun Islam. Solat juga merupakan tiang agama sebagaimana yang disabdakan oleh

               Nabi Muhammad SAW:





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                760
   773   774   775   776   777   778   779   780   781   782   783