Page 780 - e Prosiding Serai 2021
P. 780

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               menunjukkan  bahawa  aspek  solat  tidak  begitu dititikberatkan  dalam kalangan masyarakat
               sehingga menyebabkan berlakunya pengabaian solat fardu.



               METODOLOGI KAJIAN


               Reka Bentuk Kajian
               Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif. Kajian deskriptif merupakan
               penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

               Reka bentuk kajian ini adalah yang paling sesuai digunakan untuk mendapatkan hubungan
               antara  kedua-dua  pembolehubah  yang  telah  ditentukan  oleh  pengkaji.  Kajian  ini  juga

               berbentuk kualitatif. Denzin dan Lincoln (1994), berpendapat bahawa penyelidikan kualitatif
               melibatkan  kepelbagaian  kaedah  secara  berfokus  termasuk  menggunakan  pendekatan
               naturalistik untuk menyelidik sesuatu subjek.


               Persampelan

               Kajian yang dijalankan ini memilih sampel dalam kalangan siswa guru semester 8 opsyen
               Pendidikan Islam. Kajian ini tidak dijalankan pada skala yang besar kerana saiz populasi yang
               besar akan memakan masa bagi menyiapkan kajian yang dijalankan. Hal ini adalah supaya

               perbandingan dapat dibuat di antara responden yang tepilih berkaitan dengan penghayatan
               rukun solat dan kualiti solat yang dilaksanakan oleh mereka.



               Instrumen Kajian
               Menurut Noraini Idris (2013), semua penyelidikan melibatkan pungutan data. Alat-alat seperti
               borang  soal  selidik  pemerhatian,  temu  bual  dan  dokumen  untuk  mengumpul  data  pula

               dinamakan sebagai instrumen. Antara instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah temu
               bual dan pemerhatian bagi mengumpul data-data daripada sampel.


               Kesahan dan Kebolehpercayaan
               Kaedah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian yang dijalankan

               ini  adalah  dengan  merekod  video  semasa  melakukan  pemerhatian  terhadap  responden.
               Selepas  maklumat  dianalisis,  pengkaji  akan  mendapatkan  kesahan  daripada  responden
               dengan meminta untuk menandatangani pada transkrip tersebut sebagai bukti bahawa beliau

               bersetuju  dengan  analisis  yang  telah  dilakukan.  Kesahan  dan  kebolehpercayaan  juga
               dilaksanakan dengan mendapatkan pengesahan daripada pakar terhadap soalan temu bual

               dan boring senarai semak pemerhatian. Hal ini adalah supaya setiap soalan yang dicipta dan
               analisis  yang  dilakukan  mendapat  pengesahan  daripada  pakar  serta  menepati  kepada
               konteks kajian.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                762
   775   776   777   778   779   780   781   782   783   784   785