Page 788 - e Prosiding Serai 2021
P. 788

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       Elemen-elemen  kreatif  seperti  pemikiran,  personaliti  dan  motivasi  perlu
               dipertingkatkan bagi membolehkan pelajar bersedia untuk menjalani proses pengajaran yang

               berkesan. Omardin Ashaari (1999) mengatakan bahawa perancangan pengajaran yang teliti
               perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Justeru itu, kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana
               tahap  elemen  kreatif  yang  ada  pada  pelajar  Pendidikan  Islam  Institut  Pendidikan  Guru

               Malaysia dalam pengajaran dan pengurusan bilik darjah.



               SOROTAN LITERATUR

               Littleton, Wood, & Staarman (2010) mengatakan dalam bukunya bahawa Chambers (1972)
               telah melakukan kajian terhadap 397 orang saintis dalam bidang psikologi dan kimia. Mereka

               merupakan pelajar yang dicalonkan sebagai pelajar kreatif oleh pihak jabatan universiti.

                       Para saintis ini kemudiannya telah mencalonkan seramai 2,696 orang guru yang telah
               mempengaruhi  peningkatan  kreativiti  mereka  semasa  mereka  belajar  di  Intitusi  Pengajian

               Tinggi  pada  peringkat  sarjana  muda  dan  sarjana.  Daripada  kajian  tersebut  mereka  telah
               memilih satu inventori tingkah laku guru yang membantu meningkat kreativiti mereka dan satu

               inventori tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti mereka.

                       Hasilnya,  antara  tingkah  laku  guru  yang  menyumbang  peningkatan  kreativiti  para
               saintis tersebut ialah sifat guru yang mendorong pelajar supaya berdikari dan bebas. Selain

               itu, guru juga menjadi model kepada pelajar dan sentiasa mempunyai masa untuk pelajar
               walaupun  di  luar  waktu  kuliah.  Semangat  yang  ditunjukkan  oleh  guru  serta  pemberian
               ganjaran kepada tingkah laku kreatif yang ditunjukkan oleh pelajar juga merupakan faktor

               yang meningkatkan kreativiti para saintis tersebut.

                       Manakala tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti pelajar pula ialah guru yang

               tidak  menggalakkan  para  pelajar  mengeluarkan  idea  mereka  sendiri,  guru  yang  tidak
               mempunyai keyakinan diri dan mempunyai minat yang sempit turut menjadi halangan kepada
               pelajar mengembangkan idea mereka. Tambahan juga, hasil kajian itu menunjukkan bahawa

               guru  yang  sukar  dihubungi  di  luar  bilik  darjah  turut  menyebabkan  pelajar  tidak  mendapat
               sokongan untuk menjadi lebih kreatif.


                        Siti Norshaidatul dan Saemah (2017) pula menjalankan kajian terhadap 240 pelajar
               sekolah menengah mengenai personaliti kreatif serta kreativiti pelajar aliran sains dan sastera
               di daerah Hulu Langat. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan personaliti
               kreatif  berdasarkan  aliran  pengajian.  Berdasarkan  Ujian  Manova  yang  digunakan,  min

               menunjukkan pelajar aliran sastera mempunyai personaliti kreatif yang lebih tinggi berbanding





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                770
   783   784   785   786   787   788   789   790   791   792   793