Page 789 - e Prosiding Serai 2021
P. 789

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               pelajar sains. Hal ini jelas menunjukkan personaliti juga merupakan faktor yang menjadikan
               seseorang itu lebih kreatif.


                       Seterusnya, dalam kajian yang dijalankan oleh Wan Marzuki, Wan Ismail, Hafizoah,
               Kassim,  &  Munira  (2016)  mengenai  perspeksi  tentang  kreativiti  di  dalam  pengajaran  dan

               pembelajaran Jawi menunjukkan bahawa kebanyakkan guru memberi maklum balas yang
               positif tentang kreativiti. Mereka yakin bahawa kreativiti merupakan kemahiran yang boleh
               diukur dan diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini turut disokong oleh

               Yong (1989).

                        Hasil  dapatan  daripada  sorotan  literatur  ini  dapat  mengukuhkan  lagi  kajian  yang
               dilaksanakan. Secara tidak langsung, perkara ini turut memberi keyakinan kepada pengkaji

               untuk mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam. Dengan ini, pengkaji dapat membanding
               bezakan antara kajian-kajian yang telah dibuat berdasarkan penemuan hasil dapatan para

               pengkaji terdahulu.


               METODOLOGI


               Reka Bentuk Dan Instrumen
               Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai alat utama

               pengujian. Soal selidik yang dibina adalah berdasarkan kepada soal selidik yang dicadangkan
               oleh  Amabile  (1983).  Beberapa  adaptasi  dan  modifikasi  dilakukan  agar  soal  selidik  yang
               dibina bersesuaian dengan objektif kajian (Creswell, 2012). Sebanyak 38 item telah dibina

               bagi mengukur kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar Pendidikan Islam
               IPGM. Soal selidik ditabur dengan menggunakan Google Form dan data dianalisis melalui

               SPSS iaitu Statistical Packages for the Social Science Version 22.

               Persampelan

               Teknik pemilihan sampel yang digunakan ialah teknik pensampelan rawak mudah. Dalam

               memastikan  pemilihan  sampel  benar-benar  menepati  kriteria,  pengkaji  memilih  sampel
               berpandukan jadual Krejcie dan Morgan (1970). Jumlah sampel kajian adalah seramai 144

               orang daripada keseluruhan populasi yang berjumlah 198 orang.













               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                771
   784   785   786   787   788   789   790   791   792   793   794