Page 790 - e Prosiding Serai 2021
P. 790

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Jadual 1

               Bilangan Sampel Kajian Berdasarkan Strata IPG
                IPG                                                 Jumlah
                IPG Kampus Pendidikan Islam                         91
                IPG Kampus Dato’ Razali Ismail                      20
                IPG Kampus Darul Aman                               27
                IPG Kampus Batu Lintang                             6
                Jumlah                                              144



               DAPATAN DAN PERBINCANGAN

               Bahagian ini melaporkan keputusan analisis daripada data soal selidik yang telah ditadbir

               berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Analisis dapatan yang dijalankan adalah berdasarkan
               tiga  bahagian  soalan  kajian  yang  telah  dibina.  Keseluruhan  dapatan  kajian  bagi  kreativiti
               pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru

               Malaysia ialah Min = 4.39 dan sisihan piawai = 0.44. Bagi setiap pemboleh ubah pula iaitu
               kreativiti aspek pemikiran (Min = 4.44, SP = 0.43), kreativiti aspek personaliti (Min = 4.27, SP

               = 0.49) , kreativiti aspek motivasi (Min = 4.22, SP = 0.52) dan pengurusan bilik darjah (Min =
               4.47, SP = 0.44). Kesemua pemboleh ubah berada pada tahap interpretasi min tinggi.

               Jadual 2

               Taburan Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik
               darjah pelajar Pendidikan Islam IPGM
                Aspek Kreativiti               Min           SP             Tahap
                Pemikiran                      4.44          0.43           Tinggi
                Personaliti                    4.27          0.49           Tinggi
                Motivasi                       4.22          0.52           Tinggi
                Pengurusan Bilik Darjah        4.47          0.44           Tinggi

                Keseluruhan                    4.39          0.41           Tinggi

               Kreativiti Pengajaran Pelajar Pendidikan Islam IPGM Dari Aspek Pemikiran

               Min keseluruhan semua item bagi kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar
               Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Malaysia aspek pemikiran ialah 4.44 dengan nilai

               sisihan  piawai  sebanyak  0.43  berada  pada  tahap  interpretasi  min  tinggi.  Dapatan  kajian
               menunjukkan kesemua sembilan item kreativiti aspek pemikiran berada pada tahap min tinggi
               dan nilai min adalah hampir sekata antara nilai 4.17 hingga 4.71.


                       Antara  item  tersebut  ialah  pengetahuan  merupakan  mekanisme  yang  membawa
               kepada pengajaran yang kreatif (Min = 4.62, SP = 0.52) dengan peratus respon setuju dan

               sangat setuju 98.6%, diikuti item teknik pengajaran yang kreatif menjadikan pengajaran lebih



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                772
   785   786   787   788   789   790   791   792   793   794   795