Page 787 - e Prosiding Serai 2021
P. 787

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                  KREATIVITI PENGAJARAN DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH PELAJAR PISMP
                           PENDIDIKAN ISLAM DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

                                             Siti Aisyah Solehah Abdullah
                                                                           1
                                            Mohammad Rusdi bin Ab Majid     2

                                  1,2  Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                                    Ctyaisyah98@gmail.com, Sedie2003@gmail.com



                                                       ABSTRAK


               Kajian ini mengkaji tentang kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar Program
               Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di Institut pendidikan Guru di Malaysia. Kajian ini terdiri

               meliputi kajian tentang kreativiti dan juga pengurusan bilik darjah. Sampel kajian ini adalah
               seramai 144 orang pelajar daripada 198 populasi kajian. Kesemua sampel melibatkan 4 buah
               IPG di seluruh Malaysia iaitu IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor, IPG Kampus Dato’

               Razali Ismail Terengganu, IPG Kampus Darul Aman Kedah dan IPG Kampus Batu Lintang
               Sarawak. Pemilihan sampel kajian menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kajian
               ini  menggunakan  pendekatan  kajian  kuantitatif  dan  menggunakan  soal  selidik  sebagai

               instrumen  pengumpulan  data.  Kemudian,  data  dianalisis  dengan  menggunakan  perisian
               Statistical  Package  for  Social  Science  (SPSS)  Versi  22.  Secara  keseluruhannya  dapatan

               kajian menunjukkan kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar Program Ijazah
               Sarjana Muda Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia berada pada tahap yang
               tinggi. Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara elemen

               kreativiti dan pengurusan bilik darjah.




               Kata Kunci: Pemikiran, Personaliti, Motivasi, Kreativiti, Pengajaran, Pengurusan Bilik Darjah.



               PENGENALAN


               Pelan  Induk  Pembangunan  Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah menggariskan  penekanan
               terhadap pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif. Ini menunjukkan bahawa setiap
               insan perlu menjadikan komponen kreatif dan inovatif sebahagian daripada usaha mencapai

               kemajuan diri. Sebagai inisiatif dalam menyokong hasrat tersebut, kajian ini memilih untuk
               mengkaji mengenai salah satu daripada komponen yang terdapat dalam aspirasi tersebut iaitu

               komponen kreativiti.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                769
   782   783   784   785   786   787   788   789   790   791   792