Page 792 - e Prosiding Serai 2021
P. 792

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                pengajaran     saya     lebih
                menarik


                Saya  mudah  memperolehi  0          2      26       62      54      4.17  0.77      T
                pengetahuan  untuk  menjadi  0%      1.4%  18.1%  43.1%  37.5%
                seorang yang kreatif

                Perkongsian  idea  bersama  0        0      2        38      104     4.71  0.49      T
                rakan    pelajar   membawa  0%       0%     1.4%     26.4%  72.2%
                kepada perkembangan idea-
                idea kreatif
                Keseluruhan                                                          4.44  0.44      T



               Kreativiti Pengajaran Dan Pengurusan Bilik Darjah Pelajar Pendidikan Islam IPGM Dari
               Aspek Personaliti
               Kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar Pendidikan Islam IPGM dari aspek

               personaliti pula mempunyai min keseluruhan 4.27 dan sisihan piawai 0.50 yang berada pada
               tahap interpretasi min tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tiga daripada lapan item kreativiti

               aspek personaliti berada pada tahap min paling tinggi.

                       Antara  item  tersebut  ialah  saya  bersikap  terbuka  terhadap  idea-idea  orang  lain
               mengenai pengajaran kreatif (Min = 4.65, SP = 0.51), diikuti item saya bebas mempelbagaikan

               teknik dalam pengajaran (Min = 4.44, SP = 0.56) dan item saya mempunyai personaliti yang
               bebas untuk menentukan pengajaran mengikut cara saya sendiri (Min = 4.40, SP = 0.62).
               Dapatan  ini  menjelaskan  bahawa  personaliti  seperti  bersikap  terbuka  dan  bebas  turut

               mempengaruhi  pengajaran  kreatif  pelajar  Pendidikan  Islam  IPGM.  Personaliti  ini  yang
               membezakan antara individu kreatif dan individu kurang kreatif Yong (1993).


                       Walaubagaimanapun, terdapat satu item kreativiti dalam aspek persekitaran berada
               pada tahap min sederhana tinggi iaitu item saya selalu melibatkan diri dalam pertandingan
               inovasi bagi meningkatkan kreativiti (Min = 3.82, SP = 1.12). Terdapat 13.9% respon sangat

               tidak bersetuju dan tidak bersetuju. Keseluruhannya, dapatan ini menjelaskan bahawa pelajar
               Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia sangat menguasai kreativiti pengajaran
               dalam aspek personaliti semasa melakukan proses pengajaran.


                       Namun,  kurang  penglibatan  dalam  pertandingan  inovasi  juga  turut  mempengaruhi
               kebolehan kreativiti pengajaran pelajar Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

               Jadual  4 menunjukkan kekerapan, min, sisihan  piawai,  dan  interpretasi  min  bagi kreativiti
               pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru
               Malaysia.





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                774
   787   788   789   790   791   792   793   794   795   796   797