Page 797 - e Prosiding Serai 2021
P. 797

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               0.682 dengan dua bintang. Ini bermaksud hubungan yang positif, kuat dan signifikan antara
               pemboleh ubah serta mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan ralat 0.01%.


               Jadual 7
               Hubungan antara kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar Pendidikan Islam
               di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

                                       Pemikiran              Personaliti           Motivasi

                Pemikiran              1                      .753                  .666
                                                                                        **
                                                                  **
                                                                                        **
                                           **
                Personaliti            .753                   1                     .625
                                                                 **
                Motivasi               .666                   625                   1
                                           **
                Pengurusan       Bilik   .682                 .666                  .679
                                                                                        **
                                           **
                                                                  **
                Darjah
                Korelasi Pearson
                                       .000                   .000                  .000
                (2 -Hujung)
               N=144
               **. Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2 arah)



               KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

               Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa pelajar Pendidikan Islam di Institut
               Pendidikan  Guru  Malaysia  mempunyai  kreativiti  dalam  pengajaran  dan  pengurusan  bilik

               darjah kerana kesemua item pemboleh ubah mempunyai tahap interpretasi min yang tinggi.
               Secara  umumnya,  ciri-ciri  individu  kreatif  dimiliki  oleh  pelajar  Pendidikan  Islam  di  Institut

               Pendidikan  Guru  Malaysia  namun  beberapa  perkara  perlu  perkara  masih  perlu
               diperkemaskan supaya perkembangan kreativiti adalah secara berterusan Cropley (1997) dan
               Furlong (2005).



               CADANGAN

               Cadangan penambahbaikan untuk kajian akan datang ialah:


                   1.  Perluaskan skop dan batasan kajian agar dapatan kajian adalah lebih menyeluruh dan
                       elemen-elemen kreativiti lain turut dapat difokuskan.

                   2.  Meningkatkan  jumlah  populasi  agar  sampel  diperoleh  dengan  lebih  ramai.  Hal  ini
                       dapat menguatkan lagi ketepatan kajian yang dilaksanakan.
                   3.  Menggunakan metodologi kajian yang pelbagai seperti kualitatif.

                   4.  Mengaplikasikan model atau teori kreativiti selain teroi yang digunakan dalam kajian
                       ini seperti teori kreativiti Taylor, Guilford dan Torrance.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                779
   792   793   794   795   796   797   798   799   800   801   802