Page 818 - e Prosiding Serai 2021
P. 818

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               melahirkan  modal  insan  yang  berpengetahuan,  berkemahiran  tinggi,  kreatif,  inovatif  dan
               berdaya saing. Untuk menjadi seorang guru yang proaktif, guru perlu bersedia dari segi mental

               dan  fizikal  untuk  menempuh  sebarang  kebarangkalian  perubahan.  Guru  juga  perlu
               menyesuaikan  diri  mereka  dengan  pendekatan  serta  kaedah  penyampaian  ilmu  yang
               berkesan serta mesra pelajar, sesuai dengan kaedah semasa ( Hasliza Hashim et al 2016).

                       Tidak  dapat  dinafikan  perubahan  cara  pembelajaran  di  rumah  merupakan  satu
               perubahan  yang  sangat  besar  dalam  dunia  pendidikan  kerana  semua  pihak  perlu

               menyesuaikan diri dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baharu.  Justeru itu, pihak
               KPM  haruslah  menyediakan  latihan  dan  kepakaran  dalam  penyediaan  bahan  bantu
               pengajaran  yang  lebih  interaktif  bagi  meningkatkan  kecekapan  guru  menguruskan  aktiviti

               PdPR untuk mencapai hasil pembelajaran yang optimum.  Dapatan kajian daripada respon
               terbuka guru menyatakan keperluan untuk “disebarluaskan penggunaan bercerita digital pada

               umum  dengan  penggunaan  yang  user-friendly  multi  link”  dan  “menyediakan  latihan  dan
               kursus khas kepada guru-guru”.
                       Selain itu, kaedah becerita merupakan  salah  satu  kaedah  yang  berada  dalam

               tugasan  pembelajaran  yang  boleh  memberi  kesan  kepada persediaan   afektif   pelajar
               dan   hasil   afektif   pembelajaran   pelajar   dan   minat   terhadap   pengajaran   dan
               pembelajaran   guru.  Menurut   Green  (2004),  cerita  mempunyai  beberapa  peranan  di

               dalam    bilik    darjah,   termasuk   menaikkan   minat murid,   membantu  perjalanan  kuliah
               (pengajaran),  menjadikan  bahan  bermakna,  mengatasi  halangan  dan  rasa  cemas pelajar,
               dan  juga  membina  hubungan  yang  baik  antara  guru  dengan  pelajar  dan  pelajar  sesama

               pelajar.
                       Menurut  McLellan  (2006),  teknik    bercerita  secara  digital  pula  merupakan  satu

               kesenian dan karya tentang penerokaan pelbagai aplikasi media dan perisian menggunakan
               media digital untuk menyampaikan cerita dalam bentuk baharu dengan cara yang berkesan.
               Dari aspek kekerapan penggunaan kaedah bercerita secara digital menunjukkan masih pada

               tahap yang rendah iaitu kebanyakan guru kurang atau jarang menggunakannya dalam PdPR.
               Antara alasan yang dikemukakan oleh guru melalui respon terbuka ialah capaian internet yang

               rendah  melemahkan  semangat  pendidik  untuk  berkarya,  peranti  yang  bermasalah,
               penyertaan  murid  dan  data  internet  yang  tidak  mencukupi.  Keadaan  ini  berkait  dengan
               kekangan  masa  dalam  penyediaan  bahan  menyebabkan  mereka  lebih  gemar  berkongsi
               bahan PdP yang telah sedia sama ada dalam bentuk PowerPoint atau YouTube.  Selain itu,

               faktor kekakangan masa,  kurangnya sumber bahan bercerita secara digital, masalah internet,
               dan kemahiran dalam penghasilan bahan menyebabkan guru kurang menggunakan kaedah

               bercerita sebagai medium utama dalam perlaksanaan PdPR.
                       Kesimpulannya, peredaran perubahan kurikulum ke arah era Teknologi Maklumat dan
               Komunikasi  (TMK)  dalam  perlaksanaan  PdPR  memberi  gambaran  tentang  cabaran  yang


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                800
   813   814   815   816   817   818   819   820   821   822   823