Page 947 - e Prosiding Serai 2021
P. 947

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               (46.6%), nilai ini hampir menyamai mereka yang faham iaitu hampir separuh daripada jumlah
               responden.

                       Apabila  kita  meneliti  dapatan  berkaitan  aplikasi  elemen  STREAM  dan  kemahiran
               pembelajaran abad ke-21, seramai 545 responden (57.7%) responden masih kurang yakin
               untuk mengaplikasi elemen STREAM dan seramai 595 responden (63.0%) kurang mampu

               mengendalikan  aktiviti  yang  menggunakan  kemahiran  abad  ke-21.  Jumlah  ini  melebihi
               daripada responden yang merasakan mereka mahir. Seperti yang disebutkan di atas, jika

               dilihat kepada impak hal ini ke atas murid, maka kita mendapati seramai 13,625 orang murid
               tidak menikmati aktiviti berteraskan elemen STREAM dan seramai  14,875 orang murid tidak
               menikmati impak kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran mereka.

                       Dapatan  kajian  menunjukkan  walaupun  bilangan  responden  yang  kurang  mahir
               mengendalikan  aktiviti  murid  di  pusat  pembelajaran  dan  bilangan responden  yang kurang

               faham menyediakan pusat pembelajaran kurang daripada mereka yang mahir, impak kepada
               murid menunjukkan seramai 7,700 hingga 11,000 murid prasekolah terkesan dengan keadaan
               ini.  Apatah  lagi  apabila  kita  bercakap  tentang  aplikasi  pembelajaran  menggunakan  eleme

               STREAM dan kemahiran abad ke-21, di mana sekitar 13, 625 hingga 14,875 orang murid
               akan mengalami impak yang tidak menyuburkan dalam pembelajaran mereka. Impak tersebut
               didasarkan  kepada  nisbah  seorang  guru  kepada  25  orang  murid  prasekolah  yang

               dikendalikan pada satu hingga dua tahun pendidikan dan pembelajaran di prasekolah. Hal ini
               amat membimbangkan jika berlaku saban tahun silih berganti, selari dengan dapatan kajian
               oleh  Nor Asniza (2015), Mohd Nazri dan Wan Nurul Baizura (2018), Noor Azman, Mazlina

               dan Hamidah (2020) serta  Rosmah dan Mariani (2020).


               Keperluan Terhadap Panduan Dalam Penyediaan dan Pelaksanaan Aktiviti Berdasarkan
               Strategi Pusat Pembelajaran

               Jadual  2  menunjukkan  keperluan  terhadap  satu  panduan  dalam  menyediakan  pusat
               pembelajaran dan aktiviti di pusat pembelajaran.

                                                        Jadual 2
                Keperluan Panduan Terhadap Penyediaan dan Pelaksanaan Aktiviti di Pusat Pembelajaran

                 Bil                          Item                          Frekuensi (ƒ)   Peratus (%)
                  1   Keperluan terhadap panduan penyediaan pusat                789            83.5
                      pembelajaran
                  2   Keperluan terhadap panduan aktiviti berteraskan            781            82.7
                      PAK Abad ke-21
                  3   Keperluan terhadap sokongan profesional untuk              772            81.7
                      pengaplikasian pusat pembelajaran







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                929
   942   943   944   945   946   947   948   949   950   951   952