Page 986 - e Prosiding Serai 2021
P. 986

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               mana murid Cina dalam sampel kajian mereka juga menunjukkan sikap yang positif terhadap
               pembelajaran Bahasa Melayu.


                       Hasil  kajian  ini  selari  dengan  pandangan  beberapa  pengkaji  seperti  kajian  yang
               dijalankan oleh Zaliza & Hamzah, (2014) yang menyatakan bahawa murid menunjukkan sikap

               yang  amat  positif  terhadap  Bahasa  Melayu  apabila  pembelajaran  itu  menyeronokkan.
               Kenyataan ini turut disokong oleh hasil dapatan Khairul, (2017) yang menunjukkan bahawa
               sikap murid Bajau dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua adalah sangat

               positif  dan  memberangsangkan.  Dapatan  ini  juga  turut  disokong  lagi  oleh  kajian  yang
               dijalankan oleh Jerie dan Zamri, (2011) yang turut memperoleh keputusan positif yang tinggi
               bagi murid Iban dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.


                       Begitu juga dapatan kajian lain menunjukkan murid bersikap amat positif terhadap
               Bahasa Melayu. Menurut kajian Abdul Rashid, (2010) terhadap murid berbangsa Cina juga

               menunjukkan  keputusan  yang  positif  terhadap  sikap  untuk  mempelajari  Bahasa  Melayu
               sebagai bahasa pendidikan. Hal ini juga turut digambarkan oleh kajian Jumiya, (2014), dalam
               kajian  terhadap  murid  berbangsa  Kensiu  turut  menunjukkan  sikap  yang  positif  terhadap

               pembelajaran  Bahasa  Melayu.  Hal  ini  jelas  menyokong  kajian  Jerie,  (2010)  yang  turut
               mendapati  murid  Iban  dan  murid  Dusun  memaparkan  sikap  yang  positif  terhadap
               pembelajaran Bahasa Melayu.


                       Sebagai rumusannya, kajian persepsi sikap murid terhadap aplikasi PBM terhadap
               dalam  pembelajaran  Bahasa  Melayu  yang  diterapkan  pembelajaran  berasaskan  masalah

               (PBM)  adalah  sangat  tinggi.  Hal  ini  bermakna  aplikasi  PBM  memberi  kesan  yang  positif
               terhadap  pembelajaran  kemahiran  menulis  murid.  Murid  berasa  seronok  dengan
               pembelajaran  yang  menggunakan  PBM  dalam  pembelajaran  kemahiran  menulis  Bahasa

               Melayu di dalam bilik darjah.


               KESIMPULAN


               Pada keseluruhannya sikap murid terhadap pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu
               di peringkat sekolah rendah adalah memberangsangkan iaitu aplikasi PBM merupakan wadah
               untuk melahirkan murid yang berkeupayaan belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Namun

               begitu,  pihak  panitia  dan  guru  mata  pelajaran  Bahasa  Melayu  perlu  memikirkan  corak
               pengajaran     kemahiran    menulis    Bahasa     Melayu    yang    dapat    meningkatkan

               pencapian,etika,keperihatinan,keyakinan dan keseronokan dalam pembelajaran kemahiran
               menulis Bahasa Melayu. Antara aspek yang perlu diberi penekanan ialah berkaitan pedagogi
               pendidikan Bahasa Melayu yang berkesan yang diguna dalam pengajaran dan pembelajaran

               Bahasa  Melayu  di  samping  dengan  aspek-aspek kurikulum  Bahasa  Melayu,  program  dan

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                968
   981   982   983   984   985   986   987   988   989   990   991