Page 989 - e Prosiding Serai 2021
P. 989
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
APLIKASI MULTIMEDIA DALAM MODUL NILAM 4.0
Azizah Arsad¹, Dahlia Janan ᴾͪᴰ², Mohd Hafiz Mohamad Tarmizi³, Nor Akmar Mat Nawi⁴,
Revathi Raja Gopal⁵
¹²³⁴⁵Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
zahqila@yahoo.com
ABTRAK
Kajian ini merupakan kajian pembangunan kerangka Modul NILAM 4.0 menggunakan
multimedia. Tujuan pembinaan modul adalah untuk menggalakkan murid melaksanakan
kegiatan membaca melalui penggunaan multimedia. Ini adalah kerana murid lebih berminat
untuk membaca buku fiksyen berbanding bahan bacaan bukan buku dan bahan digital.
Objektif kajian ini ialah untuk memastikan murid membaca bahan bukan buku menggunakan
multimedia daripada pelbagai sumber dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran murid
berdasarkan bahan yang dibaca menggunakan sumber multimedia. Kajian ini menggunakan
pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan atau Design and Development Research (DDR).
Pengkaji akan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen dalam pembangunan
di fasa satu. Sampel kajian merupakan guru yang terlibat dengan Program NILAM sementara
rekod nilam murid merupakan dokumen yang dianalisis melalui laporan di sebuah sekolah
kebangsaan di daerah Batang Padang. Instrumen kajian adalah temu bual separa struktur
dan dokumen yang digunakan oleh murid ketika melaksanakan Program MILAM. Analisis
temu bual menggunakan Atlasti-9 sementera analisis dokumen secara deskriptif.
Kesimpulannya dapatan kajian menunjukkan terdapat keperluan untuk membina Modul
NILAM 4.0 menggunakan elemen multimedia kerana dapat membantu peningkatan
pembelajaran membaca serta memberikan pelbagai faedah kepada murid.
Kata kunci: multimedia, membaca, Reka Bentuk dan Pembangunan, NILAM
PENGENALAN
Penggunaan multimedia dalam kegiatan membaca bergerak seiring dengan perkembangan
sistem pendidikan di Malaysia bagi memastikan kemajuan pelaksanaan Pelan Pembangunan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Multimedia dalam kegiatan membaca bermaksud pembelajaran
yang menggunakan maklumat lisan dan bukan lisan (Mayer & Estrella, 2014) seperti
penggunaan buku teks bergambar, persembahan tayangan slaid, animasi dalam talian dan
permainan komputer pendidikan (Mayer, 2011). Tranformasi yang berlaku bergerak dengan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 971

