Page 991 - e Prosiding Serai 2021
P. 991

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       Usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap pembacaan dengan menyediakan
               bahan bacaan yang bersesuaian. Pemilihan bahan yang tepat perlu diberi perhatian kerana

               memberikan  kesan  terhadap  aktiviti  membaca  secara  ekstensif  (Cho  &  Krashen,  1994)
               melalui bahan yang disukai dah dipilih oleh murid (R. R. Day, 2018) serta tidak menimbulkan
               tekanan dari mana-mana pihak ketika menjana ilmu pengetahuan (Stephen Krashen, 2017).

               Penggunaan  bahan  bacaan  multimedia  boleh  membantu  dalam  meningkatkan  tahap
               pembacaan  murid.  Selain  itu,  guru  juga  berperanan  penting  sebagai  pemudah  cara,  ‘role

               model’  kepada  murid  (Bamford  Julian,  1998)  dan  perlu  memainkan  peranan  penting  di
               samping sokongan daripada pentadbir sekolah dalam melaksanakan program literasi (Zuridah
               Hanim Md. Akhir et al., 2017). Oleh yang demikian, guru perlu memainkan peranan mereka

               secara berkesan dengan menguasai penggunaan multimedia bagi melaksanakan program
               membaca.



               OBJEKTIF KAJIAN

               Objektif kajian adalah untuk memastikan murid berupaya:


                   1.  menggunakan  multimedia  dan  membaca  bahan  bukan  buku  dan  bahan  digital
                       daripada pelbagai sumber.
                   2.  meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid berdasarkan bahan yang dibaca

                       menggunakan sumber multimedia.


               SOROTAN LITERATUR


               Banyak  kajian  lepas  yang  membuktikan  peranan  multimedia  yang  sangan  proaktif  dalam
               pembelajaran membaca. Antaranya ialah melalui Teori Pembelajaran Multimedia. Teori ini

               menjelaskan  tentang  pandangan  yang  mengatakan  bahawa  terdapat  saluran  yang
               menghalang  memori  kerja  untuk  memproses  perkataan  dan  gambar  dalam  proses
               pembelajaran  (Mayer  et  al.,  2009).  Mayer  (2009)  mengatakan  bahawa  manusia

               menggunakan dua saluran untuk memproses maklumat yang dipelajari termasuklah ketika
               membaca.  Oleh  itu,  penggunaan  multimedia  dalam  pembangunan  modul  NILAM  4.0
               membolehkan  murid  memproses  maklumat  melalui  apa  yang  dilihat  dan  didengar  ketika

               aktiviti membaca dijalankan.

                       Aspek  positif  yang  diperoleh  melalui  penggunaan  multimedia  dalam  kegiatan
               membaca ialah menarik perhatian (Pathan, 2021) murid. Hasil kajian yang dijalankan oleh

               (Pathan, 2021) membuktikan bahawa peserta kajian boleh memvisualkan maklumat dengan
               mudah dengan menggunakan teknik membaca dengan multimedia. Kajian ini membuktikan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                973
   986   987   988   989   990   991   992   993   994   995   996