Page 990 - e Prosiding Serai 2021
P. 990
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pantas dan perlu berada pada landasan yang betul (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016).
Ini adalah kerana kegiatan membaca memberi sumbangan dalam peningkatan pencapaian
skor dalam domain literasi, saitifik, matematik dan bacaan dalam Programme for International
Student Assessment (PISA) pada tahun 2015. Inovasi dalam kegiatan membaca perlu
dilakukan secara berterusan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran asas dalam
literasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekali gus memperbaiki
pencapaian akademik mereka ketika melalui pendidikan secara formal.
Membaca merupakan proses pembelajaran manusia memperoleh pengetahuan yang
difahami oleh pembaca (Renandya & Day, 2020) dan dilakukan mendapatkan kemahiran
pengetahuan (Gerbier et al., 2018), kemahiran (Aliyah Baharuddin Marji et al., 2015), dan
membolehkan manusia menyampaikan idea, perasaan dan meluahkan perasaan dan
keinginan manusia melalui kemahiran berbahasa yang diperoleh secara tidak sengaja atau
tersirat (Pavia et al., 2019; Chomsky & Krashen 2020). Kemahiran membaca juga merupakan
proses multifaktorial yang dipengaruhi oleh psikologi, fisiologi, persekitaran, sosiologi dan
linguistic (Christian et al., 2018). Kemahiran membaca perlu dikuasai kerana asas
pengetahuan baharu boleh dijana hasil daripada perbuatan membaca (Anis Farhana Mohd
Kassim, 2019). Kemahiran membaca sangat penting kerana pembangunan ekonomi individu
dan negara bergantung kepada kemahiran yang dikuasi oleh seseorang individu (United
Nations Educational Science and Cultural Organization, 2019). Oleh yang demikian, proses
membaca perlu dilakukan secara berterusan sama ada dilaksanakan secara senyap,
berkumpulan atau berpasangan.
Adenan Ayob (2017) mengatakan bahawa isu utama yang sering menjadi
perbincangan ialah masalah membaca dalam kalangan murid. Maka, langkah meningkatkan
mutu pembacaan boleh dilakukan menggunakan Modul NILAM 4.0. Modul NILAM 4.0
dijadikan panduan untuk mempelbagai bahan bacaan selain daripada buku fiksyen. Ini adalah
kerana murid sekolah rendah masih lagi tertumpu kepada buku cerita berbentuk fiksyen
sedangkan perkembangan membaca menuntut murid membaca pelbagai bahan daripada
sumber bukan buku dan digital. Pemilihan bahan bacaan yang terhad menyebabkan tahap
pembacaan yang rendah dalam kalangan rakyat Malaysia melalui Kajian Interim Tabiat
Membaca 2014 yang mencatatkan jumlah purata bacaan iaitu 15 buah buku setahun
(Perpustakaan Negara Malaysia, 2014). Dapatan ini menunjukkan terdapat kelompongan
dalam pelaksanaan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) dan Program Galakan
Membaca. Dapatan kajian interim tersebut juga menyamai kajian Perlaksanaan Program
Nilam Terhadap Tabiat Membaca Menurut Pandangan Murid dan Guru (Wan Zah Wan Ali et
al., 2005) yang menunjukkan pelaksanaan program membaca di sekolah seluruh Malaysia
melalui Program NILAM masih lagi pada tahap yang sederhana.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 972

