Page 981 - e Prosiding Serai 2021
P. 981

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               persampelan dan aras kebolehpercayaan. Dalam kebanyakan kajian, ralat persampelan yang
               paling besar dibenarkan ialah 5% iaitu pada aras kebolehpercayaan 95.0% atau < .05.



               DAPATAN KAJIAN

               Apakah Persepsi Sikap Murid Terhadap Aplikasi PBM Dalam Pembelajaran Kemahiran

               Menulis Bahasa Melayu.

               Persepsi sikap murid terhadap aplikasi PBM dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa

               Melayu melalui kajian ini diterjemahkan berdasarkan interpretasi skor min, sisihan piawai,
               kekerapan dan peratus yang telah dibina. Persepsi sikap murid terhadap aplikasi PBM bagi
               setiap konstruk merupakan maklum balas ataupun darjah persetujuan murid terhadap setiap

               item  yang  mewakili  dalam  setiap  konstruk.  Jadual  di  bawah  menunjukkan  persepsi  sikap
               murid terhadap aplikasi PBM dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu sekolah
               rendah tahun enam. Dalam demensi sikap terdapat lima konstruk iaitu:


               i.      Pencapaian kemahiran menulis Bahasa Melayu dan hak asasi murid (item-item: 7,
                       10, dan 12).

               ii.     Etika tentang kemahiran menulis Bahasa Melayu (item 6)
               iii.    Keperhatinan terhadap masalah kemahiran menulis Bahasa Melayu (item-item;
                       1,3,11, dan 13)

               iv.     Keyakinan terhadap masa depan kemahiran menulis Bahasa Melayu (item-item; 4, 5,
                       9, dan 14)
               v.      Kebimbangan terhadap masalah kemahiran menulis Bahasa Melayu (item-item; 2,

                       dan 8).

               Jadual 1.0 : Taburan Skor Min, Sisihan Piawai, Kekerapan Dan Peratus Persepsi Sikap Murid
               Terhadap Aplikasi PBM Dalam Kemahiran Menulis Bahasa Melayu.

                Item    Pernyataan                STS     TS       S        SS       Min       Sp
                                                  (%)     (%)      (%)      (%)
                S1      Kesukaran menguasai       5       17       16       302      3.81      0.6
                        kemahiran menulis         (1.47)   (5.00)   (4.71)   (88.82)
                        Bahasa Melayu tiada
                        kena mengena dengan
                        saya.
                S2      Jika pencapaian           1       1        31       307      3.89      0.3
                        kemahiran menulis         (0.29)   (0.29)   (9.12)   (90.29)
                        Bahasa Melayu lemah
                        masa depan saya
                        menjadi susah.
                S3      Masalah kemerosotan       3       10       19       308      3.86      0.5
                        pencapaian kemahiran      (0.88)   (2.94)   (5.59)   (90.59)
                        menulis Bahasa Melayu


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                963
   976   977   978   979   980   981   982   983   984   985   986