Page 992 - e Prosiding Serai 2021
P. 992
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
bahawa penggunaan visual membolehkan murid berkeyakinan diri untuk meneruskan
pembelajaran (Dedo & Harwati Hashim, 2019). Penggunaan multimedia Ketika membaca juga
boleh membantu peningkatan pebendaharaan kata (Feng & Webb, 2020; Pavia et al., 2019),
kosa kata (Huang, 2018; Krahnke & Krashen, 2004; Mermelstein, 2014; Park, 2017),
meningkatkan literasi (Stephan Krashen, 2004), meningkatkan prestasi lisan (Krahnke &
Krashen, 2004; Muslem & Abbas, 2017), meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur
(Guan et al., 2018), meningkatkan motivasi (Mansooji et al., 2020; H. Zhou et al., 2019),
meningkatkan pemahaman membaca (Orencia, 2018), meningkatkan kemampuan membaca
murid (Liu et al., 2020), kemahiran menulis (Krahnke & Krashen, 2004; Lee & Mallinder, 2007;
Nation, 2015; Suk, 2017), menyampaikan idea, perasaan, meluahkan perasan dan keinginan
(Peters & Webb, 2018), mempelajari komponen leksikal seperti bentuk kata dan makna
(Pellicer-Sánchez, 2017), memperoleh pengetahuan tentang makna perkataan (Pavia et al.,
2019), menyeronokkan (Guan et al., 2018), dan tidak membosankan (Adwan Mohammad
Hasan Bani-Hamad & Abdul Hakim Abdullah, 2019).
Antara media yang paling digemari oleh murid ialah televisyen. Televisyen merupakan
salah satu alat pembelajaran bahasa yang boleh digunakan kerana sering digunakan oleh
murid kerika menghabiskan masa senggang. Kajian Lindgren dan Muñoz (2013)
menunjukkan bahawa jumlah murid yang menonton televisyen adalah tiga kali ganda
berbanding membaca buku. Saluran maklumat tanpa sempadan menyebabkan murid lebih
terpengaruh dengan televisyen dan internet (Abdul Rasid, 2013). Aktiviti membaca juga boleh
dijalankan menggunakan media interaktif seperti membaca cerita menggunakan multimediaN.
Zhou & Yadav (2017). Kemahiran berfikir aras tinggi akan Berjaya dipertingkat (Ahmad Basri
et al., 2021)
Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa penggunaan multimedia dalam
pembelajaran kemahiran membaca terbukti berkesan. Oleh yang demikian, modul NILAM 4.0
akan akan menerapkan elemen multimedia dan membuka peluang ke arah penerokaan yang
lebih luas terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan. Justeru itu, murid akan dibekalkan
dengan kemahiran membaca sesuai dengan perkembangan revolusi Industri (RI 4.0) dalam
pendidikan.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian yang digunakan untuk membangunkan Modul NILAM 4.0 ialah Reka
Bentuk dan Pembangunan atau Design and Development Research (DDR). Kajian ini
melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan dan
fasa penilaian. Penggunaan DDR merupakan alternatif bagi penyelesaian masalah secra
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 974

