Page 993 - e Prosiding Serai 2021
P. 993
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ilmiah dan mempunyai sokongan empirikal yang kuat (Rita C. Richey, 2014). Bagi
melaksanakan fasa pertama kajian, pengkaji akan menggunakan kaedah temu bual dan
analisis dokumen dalam pembangunan Modul NILAM 4.0. Sampel kajian merupakan murid
sekolah kebangsaan di daerah Batang Padang. Analisa pembacaan akan diambil
berdasarkan rekod yang telah dicatat oleh murid sepanjang mengikuti program NILAM di
sekolah.
PROSES PENGUMPULAN DATA
Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuasi ekspirimen. Pengkaji menggunakan rekod
bacaan murid untuk menilai bahan bacaan yang digunakan oleh murid sebelum
pembangunan Modul NILAM 4.0. Prosedur pengumpulan data ditunjukkan dalam Rajah 1.
Kaedah temu bual dan analisis dokumen akan ditringualsikan untuk mendapatkan keputusan
yang mantap terhadap keperluan pembangunan Modul NILAM 4.0. Temu bual separa struktur
akan dijalankan terhadap tujuh orang pakar yang terlibat dalam program NILAM. Data temu
bual ditranskrip dan disahkan oleh informan sebelum dianalisis menggunakan Atlas-ti 9.
Proses analisis dokumen pula akan menggunakan buku rekod NILAM untuk melihat jenis dan
jumlah bahan yang dibaca oleh murid semasa program NILAM. Analisis secara deskriptif akan
digunakan iaitu semasa menganalisis buku rekod bacaan murid.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 975

