Page 528 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 528

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               pasukan diajak bersaing secara sihat kerana adat pertandingan ada prinsipnya  berjuang ke
               arah kemenangan dan akur dengan kekalahan.


                       Berteka-teki  aktiviti  menyeronokkan.  Pertandingan  teka-teki  dianggap  sebagai
                                                   2
               permulaan  awal  ‘games  and  rules’   yang  menuntut  kanak-kanak  pra  sekolah  memupuk
               amalan berdisiplin mengikut peraturan ketika bermain teka-teki. Prinsip pembukaan bermula
               dengan  peserta  yang  menyampaikan  soalan.  Peserta  yang  memberikan  soalan  haruslah
               bertanggungjawab  terutama  kelancaran  berbahasa  agar  peneka  dapat  mendengar

               pembayang lebih jelas untuk menjawab teka-teki situasi pertama:


                   Peserta           Persembahan

                   A (Perempuan)  Membaca teka-teki:


                                     Pergi ke hutan mencari paku pakis

                                     buat hiasan di halaman rumah

                                     bila masak rasanya manis,

                                     berambut lebat dan warnanya merah.

                                     Jawapan: Rambutan



                                     Pembukaan:

                                     Penyoal membaca lancar. Suara sangat perlahan sehingga para peserta
                                     dan  pihak  lawan  tidak  dapat  dengar.  Pihak  lawan  riuh  rendah  kerana
                                     sukar untuk meneka.



                                     Skala sesi: Meriah

                   B (Lelaki)        Peserta berjaya menjawab rambutan.

                                     Penutup:

                                     Guru  dan  murid  mengulang  semula  teka-teki  untuk  mengenal  pasti
                                     jawapan. Peserta dah boleh meneka jawapan berdasarkan pembayang.

                                     Suasana:

                                     Peneka gembira dapat menjawab. Penonton bertepuk tangan.



               2         Tingkah laku kanak-kanak bertanding mengikut peraturan ditetapkan. Setiap peraturan yang dibentuk
                  dalam permainan tersebut perlu diikuti dan kegagalan mematuhi peratutan boleh dikenakan denda (Piaget
                  1965, Suppiah Nachiappan 2014:138).

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                507
   523   524   525   526   527   528   529   530   531   532   533