Page 529 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 529

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       Ciri penting aspek pertandingan bermula dengan frasa pembukaan peserta sebagai
               jalinan  persembahan.  Penyoal  MVI:6324  (1)  teka-teki  bangun  membaca  teka-teki  dengan

               lancar  namun,  suara  pula  sangat  perlahan  semasa  menyampaikan  soalan.  Kelancaran
               berbahasa   penting  semasa  menyampaikan  teka-teki  agar  peneka  lebih  mudah  faham
                          3
               pembayang  teka-teki  dan  boleh  menjawab  teka-teki.  Suasana  pertandingan  riuh  apabila

               peserta kumpulan 2 tidak boleh mendengar teka-teki yang dibaca oleh peserta kumpulan 1.
               Pihak  lawan  riuh  rendah kerana  sukar  untuk meneka  jawapan kerana suara  yang  sangat

               perlahan. Guru membantu  peserta  supaya kumpulan  2  dapat  menjawab  teka-teki  dengan
               mengulang semula teka-teki bersama-sama para peserta dan penonton. Keadaan ini secara
               langsung  mewujudkan  suasana  yang  teratur  dan  tenteram  apabila  guru  campur  tangan
                                                                                                         4
               bersama-sama membantu para peserta ketika bertanding.  Pembayang ‘berambut lebat dan
               warnanya  merah’  yang  telah  dibaca  beramai-ramai  dengan  menguatkan  nada  suara,

               menyebabkan dari awal lagi peneka mengangkat tangan dan peneka MVI:6324 (2)  dengan
               mudah boleh meneka jawapan ‘rambutan’.
                       Peneka MVI:6324 (2): Berambut lebat dan warnanya merah...
                                             ha...rambutan! rambutan!
                       Komunikasi  dua  hala  dengan  guru  campur  tangan  mengulang  bacaan  teka-teki.
               Peserta patuh dan meneruskan pembacaan teka-teki bersama-sama. Walaupun terganggu

               kerana ingin menjawab lebih awal. Guru meminta peserta bersabar dan perlu mendengar
               kumpulan 1 selesai membacakan soalan teka-teki. Percubaan menjawab teka-teki dengan
               betul menggembirakan peserta bersama-sama ahli kumpulannya. Mereka bertepuk tangan

               kerana  berjaya  menjawab.  Suasana  meriah,  riuh  dan  gembira  Secara  impaknya,
               persembahan  kanak-kanak  ketika  berteka-teki  mendorong  nilai  disiplin  yang  mewujudkan
               suasana yang teratur sepanjang pertandingan (Hasnan Kasan, Najib Abd Kadir & Mohamad

               Akil 2005:11).


                       Suasana naratif berlaku dalam pertandingan teka-teki Melayu. Peserta dan peneka
               saling bersaing antara satu sama lain:
                       Peneka MVI:6313 (2): Tak dengarlah cikgu!
                       Penonton Tahun 1A: Ya, cikgu tak dengar!

               Riuh  rendah  apabila  penyoal  membaca  soalan  sangat  perlahan.  Keterujaan  kanak-kanak
               hendak  meneka  teka-teki.  Sepanjang  pertandingan  peserta  bersedia  mendengar  soalan-
               soalan  teka-teki  tetapi  setiap  kali  ada  peserta  yang  memperlahankan  suara  sudah  tentu




               3       Aspek bahasa sangat penting untuk memperdengarkan kepada pembaca tentang sebuah naratif atau  epik
                  disampaikan oleh penuturnya (Richard Bauman 1977:11).
               4       Persembahan dalam sebuah penyampaian lisan, ramai orang campur tangan dengan bebas, dengan soalan
                  dan ucapan (Sweeney 2020:19).

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                508
   524   525   526   527   528   529   530   531   532   533   534