Page 525 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 525
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dengan benda-benda konkrit dan bukan abstrak kerana peneka soalan atau teka-teki itu dapat
menggambarkan pembayang yang disogokkan kepadanya (Inon Shaharuddin 1988:ii).
Penciptaan teka-teki Melayu sebagai satu genre puisi yang tersendiri dari segi isi dan fungsi.
Kewujudan bentuk dan struktur teka-teki mempunyai bentuk utama iaitu prosa dan puisi.
Bentuk teka-teki Melayu dalam puisi ialah syair dan pantun atau dalam bentuk prosa (Hikayat
Musang Berjanggut dan Hikayat Nujum Pak Belalang) (Harun Mat Piah 1989:343). Setiap
penciptaan teka-teki Melayu itu ada yang terdiri daripada pembayang yang pendek, ringkas
dan kalimat prosa yang lebih panjang mengandungi soalan untuk diteka yang menuntut
jawapan. Permainan teka-teki pastinya memerlukan sekurang-kurang dua orang untuk
mengambil bahagian dalam suatu interkasi yang dua hala iaitu seorang peneka dan penjawab
soalan. Keunikan teka-teki berbanding puisi lisan yang lain ialah peristiwa teka-teki berlaku
itu secara spontan, santai sambil bermain bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Setiap
teka-teki itu menggambarkan suasana menyeronokkan, terancang, saling ingin menjawab,
fokus ketika mendengar soalan dan menjawab teka-teki akan wujud nilai disiplin antara
pemain. Ini jelas bahawa khazanah teka-teki Melayu memperlihatkan adunan resepi yang
sangat kreatif daripada penciptanya melalui penyampaian interaksi antara dua pihak.
Permainan yang teratur adalah melalui pertandingan. Pertandingan berteka-teki
Melayu, sesuai dijadikan sebagai aktiviti untuk menyampaikan adab dan belajar (Harun Mat
Piah 1989:361) yang formal sebagai alat komunikasi khususnya dalam kalangan kanak-kanak
di sekolah. Kanak-kanak mula terhibur semasa bersoal jawab. Suasana bertanding bermula
apabila rakan-rakan mereka mengemukakan soalan-soalan yang menuntut jawapan itu dapat
membentuk disiplin kanak-kanak. Apabila bermain teka-teki sebagai contoh kanak-kanak
mengambil peranan, mengarahkan rakan-rakan menjawab, memberi maklum balas
menjawab teka-teki itu dan berterusan mencabar sehingga suasana berteka-teki menjadi
seimbang atau memihak kepada kumpulan yang bermain. Suasana bermain teka-teki
bersama-sama rakan-rakan di kelas melentur keperibadian diri kanak-kanak menampakkan
nilai disiplin. Nilai disiplin menggalakkan cara bermain teka-teki itu mengatur strategi untuk
menang ketika menyoal, menjawab yang melihat kelincahan dan merangsang fikiran kanak-
kanak. Soalan-soalan teka-teki selalu sahaja mendorong diri kanak-kanak mencari dan
menemukan jawapan. Tiap-tiap soalan membantu kanak-kanak memecahkan idea,
memikirkan, membangun dan menemukan jawapan-jawapan baru. Penyoal teka-teki
mengemukakan soalan-soalan unik di samping penjawab menggunakan pelbagai kaedah
mencari jawapan yang betul. Kanak-kanak sebagai pemain teka-teki bertanggungjawab untuk
menentukan soalan dan memungkinkan segala jawapan untuk menang dengan pihak lawan.
Teka-teki Melayu dalam kajian ini mengangkat teka-teki Melayu yang dapat menduga akal
kanak-kanak seiring memperlihatkan kemeriahan, kesungguhan dan keazaman kanak-kanak
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 504

