Page 530 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 530

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               kumpulan  lawan  berasa  marah  kerana  sukar  menjawab.  Situasi  di  atas  guru  memainkan
               peranan, campur tangan guru  dapat mengawal  suasana pertandingan teka-teki memerlukan

               interaksi  bersama-sama  rakan  dan  guru  sehingga  boleh  menimbulkan  keseronokan  dan
               keberkesanan pembelajaran di samping dapat menyuburkan disiplin kanak-kanak. Keadaan
               yang terkawal ini akan menarik penonton yang tidak mengambil bahagian lebih aktif bersedia

               mendengar  dan  berinteraksi  untuk  bermain  teka-teki.  Peringkat  awal  kanak-kanak  belajar
               berteka-teki  dengan  bentuk  pertandingan  mempersembahkan  suasana  persaingan  sihat.

               Aktiviti berteka-teki  sebagai pengalaman baru kepada kanak-kanak yang berusia 7 tahun:

                   Peserta           Persembahan

                   A (Perempuan)     Membaca teka-teki:

                                     Bentuknya besar dan panjang,

                                     ia bersayap dan berekor,

                                     diigunakan orang di merata dunia,

                                     terbang tinggi dan sangat pantas.


                                     Jawapan:Kapal terbang



                                     Pembukaan:

                                     Membaca tidak lancar. Suara sangat perlahan sehingga para peserta dan
                                     pihak lawan tidak dapat dengar.


                                     Skala sesi:

                                     Kurang meriah. Riuh apabila pemyoal membaca nada perlahan.



                   B (Lelaki)        Peserta berjaya menjawab kapal terbang.

                                     Penutup

                                     Guru membantu peneka untuk membaca semula teka-teki.

                                     Kumpulan 2 meminta mengulang semula teka-teki kerana tidak dengar dan
                                     tidak faham akan pembayang yang disampaikan.

                                     Penonton  bersama-sama  bercerita  tentang  keseronokan  menaiki  kapal
                                     terbang.

                                     Suasana:

                                     Kumpulan peneka gembira, soalan diulang dan berjaya menjawab.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                509
   525   526   527   528   529   530   531   532   533   534   535