Page 524 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 524
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
TEKA-TEKI MELAYU MENELITI NILAI DISIPLIN KANAK-KANAK
Fadzilah binti Abdul Rahim
Dr Muammar Ghaddafi bin Hanafiah
Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
UKM, Bangi.
muammar@ukm.edu.my, azdila16@gmail.com
ABSTRAK
Teka-teki Melayu khazanah puisi tradisional. Puisi rakyat ini berperanan sebagai permainan
menduga akal dalam kalangan masyarakat Melayu yang membezakan dengan tradisi puisi
lisan yang lain. Dalam teka-teki Melayu terkandung soalan untuk diteka. Permasalahan kajian
meneliti teka-teki Melayu sebagai kaedah belajar bagi kanak-kanak bermain dalam bentuk
persembahan melalui pertandingan teka-teki yang sekaligus boleh meningkatkan disiplin
kanak-kanak. Bentuk persembahan berlaku apabila kanak-kanak berekspresi perasaan,
fikiran dan imaginasi semasa menyampaikan dan menjawab teka-teki Melayu. Penelitian
kajian adalah bersifat deskriptif kualitatif yang melibatkan 4 orang guru dan 24 orang kanak-
kanak dari Sekolah Kebangsaan Bandar Putera, Ipoh. Data yang diperoleh melibatkan kanak-
kanak dari pra sekolah sehingga tahun 3 menyertai pertandingan teka-teki Melayu di dalam
kelas mata pelajaran bahasa Melayu selama 60 minit. Penelitian kajian adalah menggunakan
teknik simulasi hasil rakaman persembahan melalui pertandingan teka-teki Melayu. Hasil
kajian menunjukkan bahawa pertandingan teka-teki Melayu sebagai penggabungjalinan
pengajaran sastera dan penyerapan yang boleh meningkatkan disiplin kanak-kanak.
Kata kunci: Bahasa Melayu, menduga akal, persembahan pertandingan teka-teki Melayu
kanak-kanak, disiplin.
PENGENALAN
Teka-teki puisi tradisi. Puisi rakyat ini berperanan sebagai permainan yang menduga akal
dalam kalangan masyarakat Melayu. Teka-teki permainan kata berbeza daripada tradisi puisi
lisan yang lain sama ada pantun, mantera, peribahasa, seloka, teromba, mahupun talibun.
Dalam teka-teki terkandung soalan untuk diteka yang menuntut jawapan. Cirinya yang
sedemikian mampu menjadikan teka-teki berfungsi sebagai bentuk hiburan untuk mengisi
masa senggang sambil menuntut khalayaknya berfikir, menduga akal bagi mendapatkan
jawapan dalam suasana yang ceria dan berjenaka. Kandungan teka-teki Melayu, berkaitan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 503

