Page 531 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 531

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       Penyoal  MVI:6314  (1)  nada  suara   yang  dilontarkan  sangat  perlahan.  Peserta
                                                           5
               kumpulan 2 tidak dengar soalan. Suasana riuh, ‘tak dengar, tak dengar.’ Guru menenangkan

               keadaan  pertandingan.  Situasi  ini  memperlihatkan  kesungguhan  kanak-kanak  bersaing
               bertanding  teka-teki  untuk  menampakkan  kehebatan  diri  secara  individu.  Guru  telah
               mengawal dan mengendalikan kanak-kanak dengan  memupuk disiplin seperti mengingatkan

               peraturan pertandingan dan berlaku adil kepada kedua-dua pasukan. Caranya, guru dan para
               penonton pertandingan membaca soalan bersama-sama. Sebelum mengulang semula teka-

               teki,  guru  mengingatkan  penggiliran  para  peserta  pertandingan.  Pada  masa  ini,  giliran
               kumpulan 2 sahaja yang menjawab. Giliran kumpulan 1 hanya memberi soalan. Jika gagal
               patuh mengikut giliran sudah tentu markah percuma akan diberikan kepada pihak lawan.

                       Penyoal  dibenarkan  mengulang  semula  teka-teki.  Peneka  berasa  gembira  kerana
               soalan  diulang.  Selesai  sahaja  peneka  kumpulan  2  menjawab,  penonton  teruja  dengan

               jawapan kapal terbang.
                              Penonton A  :Saya tak pernah naik kapal terbang.
                              Penonton B  :Cikgu, hari-hari saya naik kapal terbang.
                              Guru             :Hari-hari?
                              Penonton B  :Bercuti cikgu.


               Penutup teka-teki berakhir dengan pengllibatan penonton yang teruja dengan jawapan kapal
               terbang. Objek-objek konkrit yang umum dalam kebanyakan teka-teki mempengaruhi kanak-
               kanak untuk belajar (Harun Mat Piah 1989:354) dan berteka-teki memperlihatkan kemampuan

               berbahasa kanak-kanak secara santai bercerita pengalaman penonton bercuti bersama-sama
               keluarga  dengan  menaiki  kapal  terbang  Teka-teki  Melayu  menggalakkan  kanak-kanak
               bercerita, berkongsi dan memberi pendapat tentang objek jawapan teka-teki.

                       Pertandingan teka-teki Melayu membolehkan minat kanak-kanak mematuhi peraturan
               dan  arahan  secara  tidak  sedar  kanak-kanak  mengikut  tertib  untuk  menguasai  setiap  sesi

               berteka-teki agar dapat memperoleh kemenangan. Yang dahulu hendaklah didahulukan yang
               kemudian dikemudiankan.  Setiap pusingan sesi pertandinga kedua-dua kumpulan sentiasa

               berhati-hati  semasa  membuat  keputusan  serta  fokus  mendengar  soalan  teka-teki  untuk
               meneka teka-teki:


                Peserta           Persembahan

                A (Lelaki)        Membaca teka-teki:

                                  Ia diikat, ia ditendang,


               5       Nada suara sangat penting untuk diperdengarkan oleh penyoal teka-teki kepada peneka. Richard Bauman
                  (1977:11) mementingkan aspek bahasa untuk diperdengarkan kepada pembaca tentang sebuah naratif atau
                  epik disampaikan penuturnya.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                510
   526   527   528   529   530   531   532   533   534   535   536